Search This Blog

Tuesday, June 30, 2015

Perkara yang dilakukan oleh orang yang kaya dan berjaya

Assalamualaikum semua..
harini nak share habit dan sikap orang yang berjaya dan kaya...
untuk tatapan diri sendiri juga..
artikel ini ditulis oleh Dato' Roslan Ab Hamid..
memandangkan kalau simpan di FB.. susah nak cari balik..
i put it here.. boleh jadi manfaat juga kepada yang lain yang memerlukan...

13 PERKARA YANG DILAKUKAN OLEH MEREKA YANG KAYA DAN BERJAYA.
1. Mereka menyiapkan diri untuk ke negara abadi. Mereka cipta kejayaan di dunia. Mereka selalu berada di taman taman syurga. Mereka ingin pula berada di syurga. Mereka menyiapkan diri untuk sendirian semasa hari tua. Mereka menelan semua emosi marah dan dengki. Mereka berdamai dengan diri.
2. Mereka menjaga pemakanan. Mereka menghitung kalori. Mereka melakukan exercise 4 kali seminggu. Kajian menunjukkan kalangan yang kaya dan berjaya ini makan sedikit dari sepatutnya. Berhenti sebelum kenyang. Mereka tidak pelahap.
3. IQ adalah penting. Kita tidak mahu jadi tidak ketahuan. Namun IQ adalah pasport untuk masuk lebuhraya kejayaan. Kajian menunjukkan 85 hingga 90% faktor mereka yang kaya dan berjaya ini dapat sampai ke puncak adalah kerana mempunyai EQ yang tinggi.
4. Hidup adalah dengan memberi. Ianya bayar dahulu sebelum perolehi. Berkongsi apa yang ada dengan sepenuh hati.
Kekayaan bukan dimaksudkan dengan berapa banyak yang kita ada. Ianya adalah tentang berapa ramai manusiayang tersentuh dengan apa yang kita kongsikan. Ianya tentang kaya jiwa yang mengalirkan mutiara samada dalam bentuk khidmat atau produk terbaik mahupun kata kata berisi buat mendamai tenteramkan jiwa jiwa lain disampingnya.
5. Bekerja betul. Ini kata kuncinya. Buat sesuatu mengikut iramanya. Seimbangkan antara masa bekerja dengan masa masa yang diperuntukan untuk perkara lain. Bekerja keras dalam edah masa. Kemudian berehat. Kemudian bekerja keras lagi. Kerbau pun ada masa berhenti membajak. Namun, usahlah jadi kucing parsi yang asyik mahu bermanja tanpa berbuat apa apa.
6. Formula 80:20. Setelah tahu 80% maka ambil risiko. Hanya 20%. Ini baru dinamakan mengurus risiko pelaburan. Bukan 50:50. Itu perjudian. Mereka yang kaya dan berjaya tidak melakukan perjudian. Mereka buat pelaburan.
7. Mereka memilih aktiviti yang lebih produktif. Bukan menonton TV cerita drama dan sandiwara sahaja. Kajian menunjukkan 67% mereka yang kaya dan berjaya menonton TV kurang dari 1 jam sehari.
8. Mereka kaya dan berjaya adalah mereka yang kaya masa. Mereka menjaga masa dengan begitu teliti sekali. Penting untuk mereka memanfaatkan masa sebaik mungkin. Masa berlalu 3 kali lebih pantas bagi mereka yang berusia 50 an berbanding dengan mereka yang berusia 30an.
9. Mereka ada matlamat. Mereka bekerja keras dan cerdas untuk mencapainya. Paling utama mereka tahu apa yang mereka mahu, bukan sekadar menulis matlamat sambil lalu begitu sahaja. 81% mereka yang kaya dan berjaya ada matlamat harian, mingguan, tahunan, 3 tahun, 5 tahun dan mengikut babak 25 tahun.
10. Lebih banyak kita membaca, lebih banyak perkara kita tahu. Lebih banyak kita pelajari, lebih banyak tempat kita boleh pergi. Mereka membaca untuk belajar dan berkembang. Mereka meletakkan diri dalam situasi mahu berkembang lebih lagi.
Kajian menunjukkan 86% mereka yang kaya dan berjaya ini mengamalkan budaya membaca secaraberterusan. Paling kurang sebuah buku sebulan. Paling baik sebuah buku seminggu. Paling gila sebuah buku sehari.
11. Mereka ber- networking. Mereka menghabiskan sehari dalam sebulan untuk hadir seminar, forum ataupuan apa jua pertemuan yang dihadiri oleh kalangan yang serupa mereka. Ini tempat terbaik untuk bergesel bahu. Mereka datang untuk tujuan itu.
Mereka yang kuat itu saling mengangkat. Mereka cepat berbuat. Mereka gandakan usaha secara pintar untuk jadi 10 kali lebih baik dari sekarang.
12. Mereka sangat FOCUS. Tiada peduli kebisingan dan kehuru haraan. Tidak peduli kritikan dan ratapan. Tidak merasa sakit tertikam. Tidak merasa serik apabila darah kelukaan kehampaan mengalir tanpa henti. Mereka tidak menyimpan dendam. Mereka tidak mahu berlama lama di mahkamah akhirat.
13. Mereka bangun pagi dalam subuh dini. 3 jam lebih awal dari orang lain. Mereka menagis basah atas sejadah menyesali dosa silam dan berdoa mahu dapat rahmat Allah menjadi penghuni syurga di negara kekal abadi nanti

Sunday, June 21, 2015

tips turunkan berat badan di bulan ramadhan

Assalamualaikum semua..

ha.. ada yang berkira-kira dan mencari tips turunkan berat sempena bulan ramadhan tak?
hiihihihih.. bulan puasa ni godaan makan nya kurang jika dibandingkan bulan lain.. jadi boleh lah ambil peluang untuk menurunkan berat badan... tapiiiii, bila berbuka tu janganlah qada makan untuk sehari punya... kalau camtu.. sebulan puasa silap-silap berat badan makin naik adalah kan?

ankara tips-tips nya ialah seperti berikut:

elakkan mengambil kuih semasa berbuka puasa
kuih muih yang manis memang musuh utama bagi yang nak kurus.. dan jika makan kuih terlebih dahulu sebagai starter ketika berbuka puasa.. ini akan menyebabkan sistem badan menjadi haru biru dan hasilnya.. kita akan makan lebih banyak ketika berbuka.. tak ke naya tu?
tapi eloknya mulakan dengan kurma.. sebab kurma walaupun manis.. tapi manis buah lain dah tu kaya plak dengan serat.. potassium.. cukup untuk beri tenaga...

makan seadanya sahaja
cukuplah nasi sepinggan dan lauk pauk.. tak perlu lah menambah-nambah nasinya sebab nak qada seharian tak makan...
minum air dan nasi sepinggan sudah memadai sebenarnya..

elakkan morih yang keterlaluan selepas terawih
haaa.. ni lagi satu.. bila pergi terawih kan banyak makanan-makanan yang dihidang.. semua pakat hantar.. blom lagi kalau surau atau masjid yang aktif jemaahnya.. siap ada catering untuk juadah morih tiap-tiap malam.. cukuplah rasa sikit je kalau kempunan.. jangan pulak isi penuh yer

minum air putih secara berkala
haa.. elakkan minum air gas.. air manis.. air berwarna yer...
bukan apa.. badan kita seharian tak dapat air.. tapi air pertama yang masuk ke dalam badan kita plak air bergas... ish.. terkejut sistem badan.. kesian buah pinggang kita..
ok jadual pengambilan air boleh tengok kat bawah ni ye..


ambil supplemen ketika berbuka dan bersahur..
supplement boleh membantu mempercepatkan proses.. dengan syarat corak pemakanan harian juga perlu dijaga.. jadual pemakanan jangan risau.. akan di share selepas ini wink wink

set ni complete untuk berbuka dan bersahur
lagi?
bleh follow tips diet mudah untuk bersahur dari kevin zahri ni untuk memastikan badan dapat nutrien yang mencukupi...

ok..
kalau tengok item no 4 tu.. make sure protein yang bagus kita ambil.. boleh ambil cinchshake atau juga ESP.

dan beri perhatian kepada item no 8 semasa bersahur.. minum secara berkala bukan sekaligus semasa sahur je ye?

berminat nak tau lebih lanjut?
017-2101210 or shoot me an email at suwmohamed[@]yahoo.com

Saturday, June 20, 2015

tips kekal bertenaga di bulan ramadhan

Assalamualaikum semua..

harini dah hari ketiga kita semua menyambut ramadhan yang mulia ni..
bagaimana persiapan kita setakat ni? 
masak dirumah atau membeli di bazar ramadhan?
hari minggu ni saya percaya ramai yang akan cuba untuk memasak sendiri di rumah... 
tapi ada juga yang mengambil peluang bercuti untuk berbuka diluar.. 
apa pilihan korang?

macam kami.. hari pertama kami berbuka di hospital sebab anak warded kat sana.. dua-dua plak tu yang wardednya.. hari kedua masak dirumah.. dan harini, suami ajak berbuka diluar.. sebab katanya bagi rehat jap badan.. dan terus pegi semayang terawikh malamnya..
apapun pilihan kita, pastinya kita nak yang terbaik untuk kita seisi keluarga..

ok..  berbalik pada tips untuk kekal bertenaga di bulan ramadhan ni..
saya rasa nak kongsi apa yang saya amalkan sepanjang bulan ramadhan tahun lepas dan insyaAllah ramadhan tahunni... 
taraaaa...
inilah dia :)
inilah dia set booster saya untuk kekal bertenaga sepanjang ramadhan
Saya memang amalkan set ni sepanjang ramadhan tahun lepas.. yang bestnya.. badan rasa bertenaga dan kesan sampingannya.. saya semakin kurus.. haaaa, jangan tak tau.. taun lepas berat turun plus shaping skali...

tapi lepas puasa.. pandai-pandai la cover ye.. kalau tak confirm tembun tembam balik..

cinchshake
- mengandungi protein yang tinggi, membantu badan untuk kenyang lebih lama jika dibandingkan dengan pengambilan nasi (karbo) 
- kaya dengan leucine- sangat bagus untuk membantu otot supaya tidak mengeleber.. almaklumla dah kurang makan musim puasa ni kan?
- ada 3 perasa.. vanila, chocolate dan juga cafe latte
-rasa yang sedap 

mealshake
- mengandungi vitamin dari A sampai Z.. haaa, musim-musim puasa ni elokla ambil skali sebab kita pun makan tak seimbang kan
- rasa creamy dan sedap
- nutrien yang lengkap kepada badan kita

performance drink (PD)
- haaa, ni paling best.. sebab performance drink ni bagi kita tahan dahaga lebih lama...
- dibuktikan dengan kajian klinikal dan test pada penunggang basikal, membuktikan sape yang minum PD ni tahan lebih 6 jam daripada penunggang basikal yang tak minum PD.
- jadi, elok sangatlah ambil semasa bersahur ni..

Kurma
lagi satu.. amalkan juga memakan kurma 3, 5, 7 dan 9 biji semasa bersahur.. 
-kaya dengan serat
- tinggi potassium- boleh bagi rasa tenang yang lama
- tenaga segera

ni la dia menu sahur saya yang menyebabkan saya dapat kekal bertenaga sepanjang ramadhan...
nak tau tak kesan sampingannya??

jeng jeng jeng...
Add caption
haaa.. ni gambar saya masa kat USA.. ni selepas 9 hari dan hari last yang nak balik tu..
ok.. saya tepek gambar ni sebab trip shaklee ni betul- betul lepas raya.. bulan 8..
sebulan puasa tu saya amalkan set yang atas ni dan pastu raya.. pastu gi USA..
eh.. tgk balik gambar ni.. memang terasa la waktu tu sangat slim.. compared to now.. yela..
kalau dah makan 6 kali sehari.. camne la nak menten berat ye dak.. 
taun ni make sure.. berat kena jaga disamping untuk mengelakkan pembaziran semasa berbuka.. 
plussss
raya pon bersederhana ye.. dan menten cara pemakanan sihat sepanjang tahun insyaAllah..

nak cuba?
jom sembang- sembang
017-2101210 atau shoot me an email suwmohamed[@]yahoo.com



You Are a Realist
You don't see the glass as half empty or half full. You see what's exactly in the glass.
You never try to make a bad situation seem better than it is...
But you also never sabotage any good things you have going on.
You are brutally honest in your assessments of situations - and this always seems to help you cope.