Search This Blog

Tuesday, January 27, 2015

Percutian percuma ke USA dengan shaklee siri 1


Assalamualaikum semua.. 
ni citer lama versi peram tahap tak tau nak kata dah.. 
tapi nak citer setelah sekian lama.. hiihhiih.. 

memorinya masih segar bugar di ingatan.. yela, mana tak segarnya.. tempat best., layanan 6 bintang.. percuma plak tu.. uhhhh..best giler!

trip ni bulan 8, 2014  taun lepas la kan..dan dibawa ke USA iaitu dua bandar besar: los angeles dan california.. 
total 8 hari.. 5 hari di LA dan 3 hari di california.. yang tak berapa best sebab kt california cuma 3 hari je.. ehhhh, nak minta lebih ke?? hahahahah

departure pada 13 hb 08 2014.. saya naik china airlines dan transit di taipei.. ada 3 team.. ada yang naik cathay dan ada yang naik singapore arlines...
ehem.. transit 5 jam uolss hihihih (tak hagak2 lamanya).. pastu baru ke LA..  
ok layan gambar kat klia dlu...
posing ngan luggage yang disusun berbaris....bkn luggage iolss je.. semua skali la dok situ.. 
dapat duit saku rm450 usd untuk makan.. walaupon makanan memang disediakan.. hiihhiihiihih

saying goodbye to my beloved hubby.. posing tak lupa.. always support wife dia.. (ni makin sayang ni hihhii) next time kita gi sesame ye bang? 😘😘😘

transit kat taipei... 
5 jam buat apa lagi??
cari wifi dan chatting lerr.. eh posing jugaaa.. 
by the way trips camni powerbank mmg le penyelamat terbaik...
sebab online manjang.. n ada line je skype terussssss


taraaa.. dah sampai LA... best giler rasa masa ni.. fewiiitttttt.. 
dengan tak mandinya.. hahahahha

disambut oleh presiden Shaklee Malaysia.. mr victor Lim.. macam vip ler.. 
check in kat marriot then kumpul jap..

diberi hot towels.. jus.. snack bar then checklist serta briefing kejap...sebelum masuk bilik

selepas hampir 24 jam tidak mandi...wahhhh, apa lagi.. mandi lerr

susun dlu makanan2.. orang lain tak bawa bekal sebab nak enjoy food lag usa.. ku pulak biasala perut kampung bawak nasi uolllssss. bang brahim tu ku bli..
jimat wang saku 450 usd yang shaklee bagi.. ble bli souvenir untuk kawan dan sedara kat msia... baguss tak? 😜

hahahah.. barang dalam bilik air pon tidak dilupakan.. kikikiki.. 
gituuuu.. 
i enjoy this trip so muchhhh...
ye la free plak tu..dah tu, dapat duit saku lagi.. diraikan plak tu kat sana.. ble jalan2 some more..
"nikmat Allah yang mana lagi yang ingin didustakan?"
Alhamdulillah.. 
next session ..saya akan cerita apa yang saya buat dan xtvt yang kami lalukan sepanjang di usa.. serta tips2 whag do n donts semasa di sana.. 
stay tune uols.. 

more info? 
shoot me an email at 
sue| suwmohamed@yahoo.com..

Monday, January 26, 2015

kulit lembap, halus tanpa parut??

Assalamualaikum.. 
harini nak share mengenai SHAKLEE GLA COMPLEX

Kajian mendapati pengambilan Gamma Linolenic Acid (GLA) daripada Minyak Evening Primrose secara berterusan membantu mengatasi masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit.
Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan Minyak Evening Primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.
GLA Complex Shaklee dihasilkan daripada Borage Oil yang mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO. Apa yang menariknya, Vitamin E yang sinonim dengan kulit juga terdapat dalam GLA Complex. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana Vitamin E melambatkan proses penuaan.
haaa.. menarik tak? 
dengan hanya sebotol kecil GLA compleks.. besar impak keatas pengguna terutama wanita yang mementingkan kecantikan semulajadi..
For more info,
sms/whatsapp 0172101210 or shoot me an email at suwmohamed[@]yahoo.com

Thursday, January 22, 2015

tips mengendali anak-anak kecil

Assalamualaikum...
sedikit info untuk ibu bapa dalam membesarkan anak-anak :)
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali mena...
mpar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
...Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
semoga bermanfaat (^_^)
You Are a Realist
You don't see the glass as half empty or half full. You see what's exactly in the glass.
You never try to make a bad situation seem better than it is...
But you also never sabotage any good things you have going on.
You are brutally honest in your assessments of situations - and this always seems to help you cope.