Search This Blog

Saturday, December 26, 2015

cantik berseri dengan kolagen shaklee

Assalamualaikum...
Selalu org bercakap mengenai kolagen yg dikaitkan dgn penjagaan kecantikan kulit..Tapi tahukah anda apakah yg dimaksudkan dgn KOLAGEN??

Kolagen adalah protein utama pada tisu penghubung dalam mamalia dan merupakan salah satu protein yang panjang di samping struktur fibrous protein yang berbeza daripada protein globul (enzim). Terdapat lebih daripada 25 jenis kolagen wujud dalam badan secara semulajadi.

Kolagen memainkan peranannya dalam kesihatan penjagaan kulit, otot, tulang, rawan, urat, rambut, kuku dan gigi. Rantaian kolagen yang kuat yang juga dikenali sebagai fiber kolagen merupakan komponen utama pada matrik ekstraselular yang mengukuhkan tisu serta struktur sel. Kolagen merupakan komponen utama dan fascia, cartilage, ligamen, tendon tulang serta kulit. Dengan adanya lapisan keratin yang lembut, ia membantu dalam menguatkan struktur lapisan kulit di samping elastisiti kulit. Selain itu, kolagen juga membantu dalam menguatkan saluran darah serta memainkan peranannya dalam membentuk tisu tubuh.

Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan untuk keanjalan kulit.

Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit manusia. Ia bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal. Kolagen menjadi kurang dengan bertambahnya usia. Kulit menjadi berkedut. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ramai yang mencari-cari sumber dalam usaha menangani kesan ketara penuaan pada kulit. Selain itu, kolagen diperlukan dalam hal perubatan, turut dijual sebagai suplemen bagi melancarkan pergerakan sendi. Kadang-kadang digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta ganti kulit palsu.

Salah satu fungsi kolagen adalah merawat luka pada kulit. Ia merangsang platelet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka.Ia merangsang platelet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka.Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Vitamin C dan E Untuk Pembentukan Kolagen

Bahan2 semulajadi yang mengandungi vitamin E dan C amat baik untuk kulit.Ia berfungsi didalam pembentukan kolagen. Kolagen menghasilkan protein untuk proses pembaharuan kulit. Vitamin C dan E juga ialah sebagai bahan antioksidan yang melindungi daripada radikal bebas dan melawan oksida yang menyebabkan penuaan.Vitamin C diperolehi melalui buah-buahan seperti lemon, kiwi, jambu, mangga dan betik. Vitamin E pula diperolehi daripada kekacang dan aprikot amnya.. 

KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
- memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
- memelihara kelembapan kulit
- menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
- menguatkan otot dan tulang
- membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
- memelihara kelenturan sendi
- mengurangkan keradangan (inflammation)
- memberi tenaga
- membantu pola tidur
- memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
 
Kolagen mula merosot pada umur 20 tahun

TANDA-TANDA KEHILANGAN KOLAGEN 


- Garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata (eyes bag), penglihatan kabur. 
- Gusi yang tidak sihat. 
- Garis halus kelihatan pada leher. 
- Payudara dan punggung kendur. 
- Kuku senang pecah, pudar dan kekuningan. 
- Rambut menjadi kering dan bercabang di hujung. 
- Liang roma menjadi lebih besar, pigmentasi, jeragat, kulit kekuningan.
Kulit hilang keanjalan, lebih kering, kelihatan tua dari umur sebenar, organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan. 
- Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakitt sendi.

Tahukah anda dari mana sumber kolagen dalam suplemen yang ada di pasaran??

1) Daripada bovine (lembu) – diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
2) Daripada babi (porcine origin)
3) Daripada haiwan laut – contohnya ikan dan gamat
4) Daripada tumbuhan – contohnya kacang soya
5) Daripada Yak – produk dari China
6) Daripada manusia – plasenta, janin yang digugurkan dan ada cerita dari banduan yang ditembak mati!

Oleh itu, pastikan kolagen yang anda makan/gunakan itu dari sumber yang halal. Pilihan saya SHAKLEE COLLAGEN POWDER dijamin HALAL.

Keistimewaan Collagen Powder Shaklee

Merupakan supplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.Shaklee RSS (red snapper scale @ sisik ikan merah) terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas penggunaan selama 8 minggu, keputusan menunjukkan kulit menjadi lebih baik secara menyeluruh.

Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Satu sachet untuk satu hidangan bagi kemudahan anda menyediakannya pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.

Gabungan tujuh bahan utama untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dalaman dan luaran:


Ekstrak biji benih Camelia Japonica #1
1) mengandungi asid oleik yang sangat membantu sebagai emolien dan pelembap kulit 
2) mengandungi Isoflavon, bahan antioksida semulajadi yang melindungi kulit dari radikal bebas

Ekstrak Pfaffia #2
1) menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik yang berkemampuan tinggi dalam mengikat jumlah air yang besar 

berperanan dalam menghidratkan tisu 

2) membuatkan kulit lembut, lembap dan licin

Kolagen ikan #3
1) sumber premium kolagen 

2) kadar penyerapan lebih tinggi 

3) sumber kurang terdedah kepada pencemaran berbanding kolagen dari haiwan di daratan 

Ekstrak kerang-kerangan #4
1) penting dalam sintesis bendalirsinovio bagi melicinkan pergerakan sesendi 
2) melembapkan mata 
3) melegakan ketidakselesaan mata

Lactobacillus Acidophilus #5

1) membantu mengimbangi mikroflora usus 

2) memudahkan pembinaan semula sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen

Vitamin C #6
1) menggalakkan pengeluaran kolagen 

2) bahan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit 

Vitamin B #7
1) membantu proses metabolisma lemak, protein dan karbohidrat untuk hasilkan tenaga yang diperlukan dalam pembentukan kolagen

Kebaikan Collagen Powder Shaklee:
Anti-Penuaan - mengurangkan kedutan , mengurangkan liang roma
Melembap - melembapkan kulit dan mengurangkan kekeringan kulit
Mencerah - Mengurangkan pigmentasi jeragat
Mengembalikan keanjalan
Meningkatkan pergerakan
Menyubur
Menegang payu dara dan punggung

Semak kandungan ramuan collagen anda sekarang ..

Jika ramuan pertama yang tersenarai mengandungi collagen ini bermaksud YES ia memang mengandungi collagen yang tinggi.

TAPI jika ramuan pertama yang tersenarai ialah soya, koko, kopi, ekstrak buah buahan & sebagainya, ini bermaksud collagen yang anda minum tidak mempunyai collagen yang tinggi tapi perisa lain yang lebih tinggi.

Collagen Powder Shaklee adalah collagen yang ternyata kaya dengan collagen sebab ia tersenarai sebagai ramuan pertama, lihat "fish scale extract (red snapper)". Itu adalah bukti collagen Shaklee diambil daripada sisik ikan merah.

Kebanyakkan collagen produk lain di luar, ramuan utama dia ialah perisa tambahan termasuk gula dan krimer, kuantiti collagennya sikit sangat sebab tu harganya jauh lebih murah.

***Ramuan serbuk kolagen Shaklee adalah 100% tulen, semulajadi dan selamat , tiada perangsang, tiada gula , tiada pengawet dan pewarna

Mengikut kajian klinikal yang dijalankan oleh Shaklee,  Collagen Powder Shaklee terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu ! ( dalam 3 atau 4 kotak macam tu lah..) :)

Anda percaya atau tidak kalau saya katakan Collagen Powder Shaklee antara yang terlaris di pasaran? Ye, sangat laris . :)


hubungi saya sekarang
atau sgoot me an email suwmohamed(@)yahoo.com


0 corat-coret:

You Are a Realist
You don't see the glass as half empty or half full. You see what's exactly in the glass.
You never try to make a bad situation seem better than it is...
But you also never sabotage any good things you have going on.
You are brutally honest in your assessments of situations - and this always seems to help you cope.