Search This Blog

Tuesday, September 8, 2015

EMAS.. perlu ke beli sekarang?

Assalamualaikum..
harini rasa nak  berkongsi tentang emas..atas permintaan kawan- kawan juga yang minta share tips jadi saya tuliskan disini.. semoga dapat memberi manfaat kepada yang membaca..

sekarang ni rata-rata orang sibuk membeli emas kan?
kalau membeli dengan ilmu takpe.. 
TAPI..
ramai juga yang membeli sebab ikut-ikutan atau panik..
yang lagi parah bila membeli sebab risau matawang malaysia yang jatuh sekarangni.. 
takut jadi macam greece so pakat- pakat beli emas...
huhuhuhu..

tau tak.. emas ada naik turun dia..
meh nak citer sikit..
saya follow emas ni dari tahun 2010.. iaitu tahun pertama saya bekerja di Kuala Pilah.. kesnya sebab emas kuala pilah ni memang terkenal dengan murah.. sebabnya emas kuala pilah tak ikut harga pasaran kerana tak join persatuan emas...
jadi.. selalunya emas yang saya dapat beli pada waktu itu sangatlah murah...

Harga termurah pada tahun 2010 ialah rm110 segram (tidak termasuk upah)
kemudian naik sedikit demi sedikit..
tahun 2011.. iaitu ogos 2010.. harga emas pada waktu itu melambung kepada rm190 segram...
dan pada waktu ini.. dah nampak orang mula panik jadi ramai yang membeli emas pada waktu mahal...
lepastu emas mula turun harga sehinggalah tahun 2013..
september/oktober 2013 harga mencecah rm117 segram.. (waktu ni saya gunakan peluang membeli emas untuk pelaburan).
masa ni ramai yang mula menjual emas yang dibeli pada waktu mahal sebab perlukan duit.. haa, nampak tak kat situ.. 
rugi kan? 

kemudian pada tahun 2014.. harga tidak berubah dan berkisar diantara rm120-rm130 segram sahaja..
kemdian melonjak sehingga rm160 pada september 2015..
dan sekali lagi pada waktu ini.. saya lihat ramai yang panik dan mula membeli emas pada harga yang mahal..
ada yang mengeluarkan duit simpanan dari ASB/tabung haji sampai rm50K kerana nak beli emas.. dan kalini sebab dimomokkan dengan ringgit Malaysia yang bakal tak laku...
nasihat saya.. belilah dengan ilmu.. 
jangan membeli sebab ikut- ikutan..yang menanggungnya nanti diri sendiri..bukan orang lain, 
memanglah membeli emas ni untung.. tetapi jika disimpan untuk jangka masa panjang.. bukan simpan setahun dua terus nak jual..
emas naik dan turun.. ada masa naik..ada masa turun..
tak salah jika ingin membeli emas.. cuma jangan membeli kerana panik dan ikut-ikutan sahaja..
dan yang paling penting kena ingat..jangan sebab takut RM tak laku.. kita plak yang menanggung akibat sebab duit simpanan semua habis.. dan terpaksa jual emas pada harga yang murah untuk menampung belanja harian..

sekadar coretan dari saya yang tidaklah pakar dalam bidang emas ni..cuma sekadar berkongsi ilmu yang tak seberapa ni.. ramai lagi yang otai-otai emas diluar sana yang saya yakin lebih banyak ilmunya..

nanti bila ada masa saya akan ceritakan bagaimana nak guna emas untuk menyelesaikan hutang atau sebagai pelaburan.. yang ni ramai kawan-kawan saya tanya.. jadi saya akan kongsi dalam bentuk post supaya sedikit sebanyak dapat beri manfaat kepada semua..

salam sayang,
sue



5 corat-coret:

sue mohamed said...
This comment has been removed by the author.
Puan Wawa said...

Betul2.. Kita kena beli dengan ilmu..

Azian Elias said...



me antara org yg sangat x suka pakai emas.. macam rugi lak rasa...

tiga lalat said...

wak blom terfikir lg psl niaga emas nih., huhu2

Qaseh Vee said...

saya juga berminat dgn emas utk buat pelaburan tapi saya tak heran dgn penurunan nilai matawang RM sbb kita ada Bank Negara yang tahu apa nak buat . Lagi pun , turun naik nilai matawang tu perkara biasa ... Kita mmg perlu beli emas pada harga rendah jual pd harga tinggi tapi klu tak perlu , tak yah la jual . emas ni ada susutnialinya juga terutamanya kalau kita pakai selalu ...

You Are a Realist
You don't see the glass as half empty or half full. You see what's exactly in the glass.
You never try to make a bad situation seem better than it is...
But you also never sabotage any good things you have going on.
You are brutally honest in your assessments of situations - and this always seems to help you cope.