Search This Blog

Sunday, December 27, 2015

atasi ekzema, berat badan berlebihan, rambut dan kuku tak sihat dengan Shaklee

Assalamualaikum.. 
harini nak share tentang pentingnya EPA dalam badan kita.. 
sebelum tu jom kita cek tanda- tanda kekurangan EPA/EFA dalam badan..

11 Tanda diet anda kekurangan Asid Lemak Penting / Essential Fatty Acids(EFA)

1. kulit kering, berjerawat, eczema, psoriasis
2. sembelit
3. naik berat badan
4. kurang bertenaga
5. rambut gugur dan rosak
6. kuku yang tidak cantik
7. depresi
8. sukar tidur
9. Tahap imun rendah
10. keradangan
11. rendah upaya seks

Jika anda mengalami simptom di atas, anda mungkin kekurangan EFAs yang terdiri dari Omega 3 dan Omega 6. 
-----------

Essential Fatty Acids (EFA) - ASID LEMAK PENTING

Ia dia panggil PENTING kerana tubuh kita amat memerlukan mereka untuk berfungsi. Akan tetapi tubuh kita tak mampu menghasilkannnya sendiri. Kepentingannya sangat besar walau kalau kita dah buang semua diet yang buruk, pun kita masih memerlukan EFA. 

Tambahkan Omega 3 (yg penuh EPA, DHA dan ALA) dari OMEGA GUARD dan juga GLA Complex (yang kaya Omega 6). 

Omega 3 selalu terdapat dalam ikan, dan kekacang tetapi jika makan ikan sahaja pun kita terdedah kepada pencemaran yang merendahkan kualiti Omega 3 nya. Maka supplement berkualiti tinggi adalah jalan terbaik (Omega Guard)



Omega 6 pula banyak terdapat dalam bunga- bungaan seperti bunga matahari, english primrose, selalu digunakan dalam masakan pasta..tetapi kalau terdedah kepada cahaya matahari boleh menyebabkan toxic. cara terbaik adalah mengambil supplement berkualiti tinggi seperti GLA Complex.


Hubungi saya 017-2101210 atau email suwmohamed@yahoo.com

Saturday, December 26, 2015

cantik berseri dengan kolagen shaklee

Assalamualaikum...
Selalu org bercakap mengenai kolagen yg dikaitkan dgn penjagaan kecantikan kulit..Tapi tahukah anda apakah yg dimaksudkan dgn KOLAGEN??

Kolagen adalah protein utama pada tisu penghubung dalam mamalia dan merupakan salah satu protein yang panjang di samping struktur fibrous protein yang berbeza daripada protein globul (enzim). Terdapat lebih daripada 25 jenis kolagen wujud dalam badan secara semulajadi.

Kolagen memainkan peranannya dalam kesihatan penjagaan kulit, otot, tulang, rawan, urat, rambut, kuku dan gigi. Rantaian kolagen yang kuat yang juga dikenali sebagai fiber kolagen merupakan komponen utama pada matrik ekstraselular yang mengukuhkan tisu serta struktur sel. Kolagen merupakan komponen utama dan fascia, cartilage, ligamen, tendon tulang serta kulit. Dengan adanya lapisan keratin yang lembut, ia membantu dalam menguatkan struktur lapisan kulit di samping elastisiti kulit. Selain itu, kolagen juga membantu dalam menguatkan saluran darah serta memainkan peranannya dalam membentuk tisu tubuh.

Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan untuk keanjalan kulit.

Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit manusia. Ia bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal. Kolagen menjadi kurang dengan bertambahnya usia. Kulit menjadi berkedut. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ramai yang mencari-cari sumber dalam usaha menangani kesan ketara penuaan pada kulit. Selain itu, kolagen diperlukan dalam hal perubatan, turut dijual sebagai suplemen bagi melancarkan pergerakan sendi. Kadang-kadang digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta ganti kulit palsu.

Salah satu fungsi kolagen adalah merawat luka pada kulit. Ia merangsang platelet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka.Ia merangsang platelet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka.Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Vitamin C dan E Untuk Pembentukan Kolagen

Bahan2 semulajadi yang mengandungi vitamin E dan C amat baik untuk kulit.Ia berfungsi didalam pembentukan kolagen. Kolagen menghasilkan protein untuk proses pembaharuan kulit. Vitamin C dan E juga ialah sebagai bahan antioksidan yang melindungi daripada radikal bebas dan melawan oksida yang menyebabkan penuaan.Vitamin C diperolehi melalui buah-buahan seperti lemon, kiwi, jambu, mangga dan betik. Vitamin E pula diperolehi daripada kekacang dan aprikot amnya.. 

KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
- memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
- memelihara kelembapan kulit
- menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
- menguatkan otot dan tulang
- membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
- memelihara kelenturan sendi
- mengurangkan keradangan (inflammation)
- memberi tenaga
- membantu pola tidur
- memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
 
Kolagen mula merosot pada umur 20 tahun

TANDA-TANDA KEHILANGAN KOLAGEN 


- Garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata (eyes bag), penglihatan kabur. 
- Gusi yang tidak sihat. 
- Garis halus kelihatan pada leher. 
- Payudara dan punggung kendur. 
- Kuku senang pecah, pudar dan kekuningan. 
- Rambut menjadi kering dan bercabang di hujung. 
- Liang roma menjadi lebih besar, pigmentasi, jeragat, kulit kekuningan.
Kulit hilang keanjalan, lebih kering, kelihatan tua dari umur sebenar, organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan. 
- Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakitt sendi.

Tahukah anda dari mana sumber kolagen dalam suplemen yang ada di pasaran??

1) Daripada bovine (lembu) – diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
2) Daripada babi (porcine origin)
3) Daripada haiwan laut – contohnya ikan dan gamat
4) Daripada tumbuhan – contohnya kacang soya
5) Daripada Yak – produk dari China
6) Daripada manusia – plasenta, janin yang digugurkan dan ada cerita dari banduan yang ditembak mati!

Oleh itu, pastikan kolagen yang anda makan/gunakan itu dari sumber yang halal. Pilihan saya SHAKLEE COLLAGEN POWDER dijamin HALAL.

Keistimewaan Collagen Powder Shaklee

Merupakan supplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.Shaklee RSS (red snapper scale @ sisik ikan merah) terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas penggunaan selama 8 minggu, keputusan menunjukkan kulit menjadi lebih baik secara menyeluruh.

Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Satu sachet untuk satu hidangan bagi kemudahan anda menyediakannya pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.

Gabungan tujuh bahan utama untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dalaman dan luaran:


Ekstrak biji benih Camelia Japonica #1
1) mengandungi asid oleik yang sangat membantu sebagai emolien dan pelembap kulit 
2) mengandungi Isoflavon, bahan antioksida semulajadi yang melindungi kulit dari radikal bebas

Ekstrak Pfaffia #2
1) menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik yang berkemampuan tinggi dalam mengikat jumlah air yang besar 

berperanan dalam menghidratkan tisu 

2) membuatkan kulit lembut, lembap dan licin

Kolagen ikan #3
1) sumber premium kolagen 

2) kadar penyerapan lebih tinggi 

3) sumber kurang terdedah kepada pencemaran berbanding kolagen dari haiwan di daratan 

Ekstrak kerang-kerangan #4
1) penting dalam sintesis bendalirsinovio bagi melicinkan pergerakan sesendi 
2) melembapkan mata 
3) melegakan ketidakselesaan mata

Lactobacillus Acidophilus #5

1) membantu mengimbangi mikroflora usus 

2) memudahkan pembinaan semula sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen

Vitamin C #6
1) menggalakkan pengeluaran kolagen 

2) bahan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit 

Vitamin B #7
1) membantu proses metabolisma lemak, protein dan karbohidrat untuk hasilkan tenaga yang diperlukan dalam pembentukan kolagen

Kebaikan Collagen Powder Shaklee:
Anti-Penuaan - mengurangkan kedutan , mengurangkan liang roma
Melembap - melembapkan kulit dan mengurangkan kekeringan kulit
Mencerah - Mengurangkan pigmentasi jeragat
Mengembalikan keanjalan
Meningkatkan pergerakan
Menyubur
Menegang payu dara dan punggung

Semak kandungan ramuan collagen anda sekarang ..

Jika ramuan pertama yang tersenarai mengandungi collagen ini bermaksud YES ia memang mengandungi collagen yang tinggi.

TAPI jika ramuan pertama yang tersenarai ialah soya, koko, kopi, ekstrak buah buahan & sebagainya, ini bermaksud collagen yang anda minum tidak mempunyai collagen yang tinggi tapi perisa lain yang lebih tinggi.

Collagen Powder Shaklee adalah collagen yang ternyata kaya dengan collagen sebab ia tersenarai sebagai ramuan pertama, lihat "fish scale extract (red snapper)". Itu adalah bukti collagen Shaklee diambil daripada sisik ikan merah.

Kebanyakkan collagen produk lain di luar, ramuan utama dia ialah perisa tambahan termasuk gula dan krimer, kuantiti collagennya sikit sangat sebab tu harganya jauh lebih murah.

***Ramuan serbuk kolagen Shaklee adalah 100% tulen, semulajadi dan selamat , tiada perangsang, tiada gula , tiada pengawet dan pewarna

Mengikut kajian klinikal yang dijalankan oleh Shaklee,  Collagen Powder Shaklee terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu ! ( dalam 3 atau 4 kotak macam tu lah..) :)

Anda percaya atau tidak kalau saya katakan Collagen Powder Shaklee antara yang terlaris di pasaran? Ye, sangat laris . :)


hubungi saya sekarang
atau sgoot me an email suwmohamed(@)yahoo.com


Thursday, December 24, 2015

penat dan lemau di pagi hari?

Assalamualaikum.. 
pernah mengalami masalah di bawah ni?
pernah tak bila bangun pagi je rasa penat je badan.. rasa macam takmo bangun.. 
walau dah tido 5/6 jam tapi badan rasa penat macam tak tido?
pernah tak? guhuhuh

pernah tak rasa angin dalam badan tapi takle nak sendawa.. nak sendawa pon xlepas..
haih! bikin moody ni kalau camni.. 
apekata cuba set ni.. konpom ble senyum lepas tu.. cergas dan cerdas seharian.. cubalah!

sms/ ehatsapp 017-2101210 atau email me at suwmohamed@yahoo.com

Monday, November 30, 2015

Tiga tips bijak wang

Assalamualaikum semua.. 

Pastinya dengan keadaan ekonomi kini, ramai yang terkesan. Akibat kos hidup semakin tinggi, maka simpanan bulanan menjadi semakin kurang. Di bawah ini suka saya kongsikan 3 tips bijak wang yang di adaptasi daripada jutawan internet, Irfan Khairi.. 3 daripadanya ialah...

1. Aliran pendapatan baru
Sekiranya pendapatan bulanan sering tidak mencukupi, tiba masanya untuk memikirkan cara mendapat aliran pendapatan yang baru. Antara cara yang sering menjadi pilihan adalah memulakan perniagaan secara separuh masa. 

Terdapat pelbagai peluang perniagaan yang boleh dimulakan kini dan medium Internet juga merupakan medium yang ideal untuk memulakan perniagaan sambilan untuk meningkatkan pendapatan bulanan.

2. Pendapatan residual
Pendapatan residual bermaksud pendapatan yang berterusan diterima tanpa melakukan kerja berterusan. Antara pendapatan residual yang popular adalah menyewa rumah, melabur, mendapat royalti dari penulisan buku, menghasilkan aplikasi telefon pintar dan banyak lagi. 

Sememangnya tidak mudah untuk mendapat pendapatan secara residual, tetapi, ia merupakan antara rahsia menjana pendapatan yang hebat. Sesuatu yang amat berbaloi untuk difikirkan.

3.  Baca dan cari ilmu
Tidak kira apa sahaja bidang yang kita ingin perbaiki diri kita, jawapannya pasti adalah ilmu. Untuk memperbaiki kewangan, semestinya kita perlu mendalami ilmu kewangan. Dapatkan buku-buku kewangan atau baca secara online apa sahaja maklumat dan ilmu kewangan yang ada. Luangkan juga masa menonton video-video di YouTube perihal kewangan.

Lebih banyak ilmu kewangan yang diterima, maka lebih kita dapat fahami selok belok kewangan dan tahu apa yang perlu dilakukan serta apa yang perlu dielakkan dalam memperbaiki keadaan kewangan diri.


jika anda teringin nak cuba tips no 1.. boleh la hubungi saya 017-2101210 atau email saya suwmohamed(@)yahoo.com untuk mencuba menjana pendapatan sampingan. 

Sunday, September 20, 2015

nak duit tambahan rm500 untuk belanja dapur?

Assalamualaikum semua..

tetibe nak tulis pasal ni sebab beberapa kawan minta pendapat dua tiga bulan lepas bagaimana nak dapat duit ekstra rm500 sebulan..
eh lama betul.. dua tiga bulan lepas tu

sebab apa dua tiga bulan lepas?
sebab sekarangni kawan saya dah dapat amaun yang diperlukan rm500 sebulan..ada yang dapat lebih.. tapi itu bukan fokusnya.. fokusnya target rm500 sebulan 3 bulan lepas dah tercapai.
hepi tak?

hmm, duit rm 500 tu bagi sesetengah orang nampak sedikit dan kecil je jumlahnya..
tapi..
kalau duit tu adalah duit tambahan.. tanpa menolak duit gaji tiap bulan.. best tak?
best la kan.. sebabnya lepas la kos pampers dan susu anak sebulan (untuk 2 orang anak), atau duit belanja dapur atau pun kos minyak dan tol bagi kereta ulang alik kepejabat..
atau.. masukkan dalam tabung pendidikan anak-anak pon dah cukup bagus kan?

haaa.. ada tak yang teringin nak dapat rm500 je sebulan..saya nak offer kepada yang teringin nak cover kos sampingan ni..
jumlah yang affordable..boleh diusahakan.. tak susahpun..
dan dapat membantu sedikit sebanyak perbelanjaan bulanan..

cepat-cepat whatsapp saya or sms 017-2101210
atau shoot an email to me suwmohamed[@]yahoo.com

kita sembang-sembang ok?
i'll show you how...

Saturday, September 19, 2015

Kaitan Parkinson dan Antioksida

Assalamualaikum semua..
harini nak share tentang penyakit parkinson dan kaitan antara masalah saraf dan otak.
huhuhu.. serius kan topik ni. 
ni petik dari buku tulisan Dr Bruce Miller.
parkinson

penyakit parkinson ialah penyakit saraf yang menyebabkan otot mengeletar, kekakuan, pergerakan perlahan dan kehilangan kawalan otot. Satu kajian terhadapa penyakit parkinson dilakukan oleh Columbia University oleh seorang pakar neurologi, Dr Stanley Fahn. Beliau melakukan kajian terhadap lelaki dan perempuan yang menghidapi parkinson diperingkat awal. 

satu kumpulan diberikan 3,200 IU vitamin E setiap hari dan
300 mg vitamin C.
satu kumpulan lagi sebagai kawalan (control) tidak mengambil apa-apa penambah anti oksidan.

daripada kajian ini,
hasilnya sangat positif dimana; simptom penyakit ini dapat diperlahankan.
mereka yang mengambil antioksidan tidak perlu memulakan rawatan (levodopa) untuk penyakit parkinson yang dihadapi mereka sehingga purata selama dua setengah hingga 3 tahun kemudian berbanding kumpulan kawalan yang tidak mengambil apa-apa antioksidan tambahan.

Sebenarnya semasa kajian, 3 daripada pesakit yang mengambil antioksidan belum lagi memulakan rawatan.
dengan itu, Dr Fahn dapat membuktikan bahawa pesakit parkinson adalah disebabkan, pada sebahagiannya oleh kehilangan sel saraf akibat kerosakan pada radikal bebas (yang dapat dipulihkan dengan antioksidan).

beberapa ujian di Salk institute menunjukkan bahawa antioksidan terutama vita
min E dapat membantu mencegah permulaan dan/atau  perkembangan penyakit alzheimer. dalam satu pembelaan sel, pada mulanya ia menunjukkan bahawa meskipun terdapat kepekatan protein  yang rendah mengumpul didalam otak pesakit alzheimer, ia masih boleh membunuh sel-sel saraf. mereka kemudiannya menggunakan vitamin E beserta protein yang toksis ini dan mendapati bahawa sel saraf dapat bertahan hidup.


Dr Schubert yang merupakan pengarang utama bagi kajian ini percaya bahawa diet yang baik dipertingkatkan lagi dengan vitamin E, vitamin C dan beta karotena "mungkin dapat menunda atau melambatkan sesetangah kerosakan pada otak yang berkaitan dengan umur".

Untuk yang ingin mendapatkan antioksidan ini.. boleh dapatkan vitamin E compleks, sustained release vitamin C dan juga carotomax (beta karotena) daripada Shaklee.


 Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di o17-2101210
atau
shoot me an email suwmohamed[@] yahoo.com

Thursday, September 10, 2015

Detoks hati dengan DTX complex!

Assalamualaikum semua..
harini nak kongsi tentang produk untuk detoks hati...

Pakar Gastroenterologi dari sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor, Dr. Loong Yik Yee, berkata :
"Amalan gaya hidup kurang sihat boleh menjejaskan fungsi hati yang menyebabkan kerosakan ketara kepada badan kita."
"Penyakit hati ialah istilah luas yang meliputi semua masalah yang mungkin menyebabkan hati gagal melaksanakan fungsi yang sepatutnya dilakukan."

Fungsi hati manusia adalah seperti berikut:

1. Rembesan Hempedu
  • Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
  • Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)
  • Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium
  • Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A
2. Bertindak sebagai Detoksifikasi
  • Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.
  • Hati mengawal metabolism protein
  • Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik
  • Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
  • Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul
3. Mengawal Paras Gula dalam Darah
  • Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentu yang lebih aktif
  • Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme
  • Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation
  • GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul
  • Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
  • Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin
4. Penting untuk metabolisme Lemak
  • Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
  • Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

Bagaimana kita nak jaga kesihatan hati kita? Jom kita mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai DTX Complex Shaklee, iaitu Vitamin Merawat Hati kita.










Shaklee DTX Complex mengandungi bahan-bahan terbaik untuk menjaga kesihatan hati.
  1. Ekstrak bijj benih pokok susu tisel (milk thistle seed) - melindungi hati daripada toksin, termasuk bahan kimia, dadah, ubatan dan bahan kimia; merawat masalah hati, mencegah batu karang serta membantu dalam masalah kulit.
  2. Artichoke – membina semula sel hati dan merangsang pengaliran hempedu
  3. Dandelion – merendahkan paras gula dalam darah, membantu fungsi hati, membantu dalam masalah sembelit
  4. Kunyit – mengandungi curcumin yakni sejenis antioksidan dan mengurangkan kesakitan & keradangan
  5. Reishi mushroom (Ling Zhi) - membina imuniti, mengurangkan kelesuan, mengurangkan masalah resdung
  6. Schizandra – merangsang sintesis protein, memperlahankan pembentukan toksin
DTX Complex mempunyai formulasi yang dipatenkan. Hanya yang terbaik dari Shaklee. Dapatkan DTX hari ini untuk membantu hati anda menjalankan fungsi terbaik!

sms or whatsapp 017-2101210 or shoot me an email to suwmohamed[@]yahoo.com

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Wednesday, September 9, 2015

Side income? work at home mum? MLM?

Assalamualaikum semua.. harini saya nk berkongsi mengenai bisnes shaklee yang saya buat ni dan saya memang enjoy join shaklee ni.. 
ramai yang tertanya-tanya Shaklee ni macam mana? dengar perkataan MLM je terus cakap taknaklah.. konpom kena cari orang.. haha, sejujurnya saya pun begitu.. sebut je MLM mmg cepat2 saya angkat kaki dan xnak dengar apa2 pon..
TAPI.. kenapa saya join shaklee?
meh saya citer apa sebenarnya MLM shaklee ni..

1. MODAL BERHARGA RM80 SAHAJA. iaitu kos pendaftaran keahlian seumur hidup... (termasuk kos pos rm10)
soalan? habistu camne dapat duit ribu2 dengan modal banyak tu? sure kena head hunting..


2. NO HEAD HUNTING. sori ye group kami memang tidak menjalankan kaedah head hunting.. xdenye nak call2 konon ajak jumpa makan2 skali kena paksa sign up jadi ahli. TETAPI saya mengalu- alukan sesiapa yang berminat nak dptkan side income dan memerlukan bantuan n bimbingan untuk bersama2 saya n group saya yang sangat supportive n coaching diberikan secara online 

3. ONLINE. ye..suppport group, coaching, marketing sume online.. thru fb, whatsapp, wechat, instagram

4. BISNES YANG FLEKSIBEL. Kita hanya perlu order brg bila dpt order dari customer, ble order terus ke hq or cawangan2. kami ada support group yg online 24 jam dan sangat supportive. Kita ble sharing2 pengalaman n testimonial pengguna yang dah berjaya 

 5. BONUS BULANAN YANG MAKSIMUM. Bonus bulanan adalah bergantung kepada point jualan & untung runcit ( bg yg jual harga runcit) yg diperolehi. Untung ni ble dpt 2 angka, 3 angka up sehingga 6 angka. Semuanya bergantung pada anda.nak buat ke x nak...benda bukan susah, sebab dah ramai yg berjaya, ada 7 bulan join da dapat 6 angka... Saya sendiri bermula dgn bonus 2 angka sekarang selesa  dengan 4 angka... pernah mencecah 5 angka.. biasa naik turun bila bisnes kan..,tapi tak turun mendadak sampai 0 bonus kan. Jangan risau untuk join jika anda memang nekad nak ubah kehidupan kearah lebih baik.

6. INSENTIF LAIN. Banyak benefit tambahan setiap kali anda naik ranking seperti leadership bonus, car bonus, pakej umrah, pakej pelancongan dsb...
ada 6 insentif yang diberikan.. dan dengan program baru sekarangni iaitu YES program (youth enrichment scheme).. ada tambahan 3 insentif.. menjadikannya 9 insentif.. 

beza bonus pada tahun lepas.. tanpa YES program dan taunni dengan YES program..

tak perlu risau sebab baru nak cuba.. anda bermula dari 0?
saya pun sama,tetapi  kami ada support group yg online 24 jam dan sangat supportive. Most of the time mmg online jer so tak de masalah untuk sebarang pertanyaan n bantuan, jgn risau sbb saya pun tak kenal pun leader2 lain, kami hanya berhubung secara maya sahaja. dan yang paling best.. bulan lepas sahaja group kami berjaya lahirkan 5 leader baru!! no limit at all.. dunia dihujung jari je..

 Ni menunjukkan yang ramai boleh berjaya walaupun tanpa meeting malam2, jumpa setiap hujung minggu bagai. Yang penting kita boleh jana pendapatan tanpa perlu mencuri masa berharga bersama keluarga.

best kan?

Jika anda berminat untuk sertai group saya (sue and gorgeous friends) yang turut dibantu leader2 hebat diatas saya, sila hubungi saya secara pm/ whatsapp/ wechat di 017-2101210 or shoot me an email at suwmohamed@yahoo.com

Tuesday, September 8, 2015

EMAS.. perlu ke beli sekarang?

Assalamualaikum..
harini rasa nak  berkongsi tentang emas..atas permintaan kawan- kawan juga yang minta share tips jadi saya tuliskan disini.. semoga dapat memberi manfaat kepada yang membaca..

sekarang ni rata-rata orang sibuk membeli emas kan?
kalau membeli dengan ilmu takpe.. 
TAPI..
ramai juga yang membeli sebab ikut-ikutan atau panik..
yang lagi parah bila membeli sebab risau matawang malaysia yang jatuh sekarangni.. 
takut jadi macam greece so pakat- pakat beli emas...
huhuhuhu..

tau tak.. emas ada naik turun dia..
meh nak citer sikit..
saya follow emas ni dari tahun 2010.. iaitu tahun pertama saya bekerja di Kuala Pilah.. kesnya sebab emas kuala pilah ni memang terkenal dengan murah.. sebabnya emas kuala pilah tak ikut harga pasaran kerana tak join persatuan emas...
jadi.. selalunya emas yang saya dapat beli pada waktu itu sangatlah murah...

Harga termurah pada tahun 2010 ialah rm110 segram (tidak termasuk upah)
kemudian naik sedikit demi sedikit..
tahun 2011.. iaitu ogos 2010.. harga emas pada waktu itu melambung kepada rm190 segram...
dan pada waktu ini.. dah nampak orang mula panik jadi ramai yang membeli emas pada waktu mahal...
lepastu emas mula turun harga sehinggalah tahun 2013..
september/oktober 2013 harga mencecah rm117 segram.. (waktu ni saya gunakan peluang membeli emas untuk pelaburan).
masa ni ramai yang mula menjual emas yang dibeli pada waktu mahal sebab perlukan duit.. haa, nampak tak kat situ.. 
rugi kan? 

kemudian pada tahun 2014.. harga tidak berubah dan berkisar diantara rm120-rm130 segram sahaja..
kemdian melonjak sehingga rm160 pada september 2015..
dan sekali lagi pada waktu ini.. saya lihat ramai yang panik dan mula membeli emas pada harga yang mahal..
ada yang mengeluarkan duit simpanan dari ASB/tabung haji sampai rm50K kerana nak beli emas.. dan kalini sebab dimomokkan dengan ringgit Malaysia yang bakal tak laku...
nasihat saya.. belilah dengan ilmu.. 
jangan membeli sebab ikut- ikutan..yang menanggungnya nanti diri sendiri..bukan orang lain, 
memanglah membeli emas ni untung.. tetapi jika disimpan untuk jangka masa panjang.. bukan simpan setahun dua terus nak jual..
emas naik dan turun.. ada masa naik..ada masa turun..
tak salah jika ingin membeli emas.. cuma jangan membeli kerana panik dan ikut-ikutan sahaja..
dan yang paling penting kena ingat..jangan sebab takut RM tak laku.. kita plak yang menanggung akibat sebab duit simpanan semua habis.. dan terpaksa jual emas pada harga yang murah untuk menampung belanja harian..

sekadar coretan dari saya yang tidaklah pakar dalam bidang emas ni..cuma sekadar berkongsi ilmu yang tak seberapa ni.. ramai lagi yang otai-otai emas diluar sana yang saya yakin lebih banyak ilmunya..

nanti bila ada masa saya akan ceritakan bagaimana nak guna emas untuk menyelesaikan hutang atau sebagai pelaburan.. yang ni ramai kawan-kawan saya tanya.. jadi saya akan kongsi dalam bentuk post supaya sedikit sebanyak dapat beri manfaat kepada semua..

salam sayang,
sue



Monday, September 7, 2015

ragam anak dipagi isnin..

Assalamualaikum semua.. 
haa nak citer ni.. bukan orang dewasa je ada monday blues.. 
kanak- kanak pon ada tau.. kikikiki..
ni apa yang berlaku kat anak teruna pagi tadi..

haaa.. nampak tak?
punyalah tanak gi tadika pagi ni.. 
pagi-pagi lepas mandi laju je dia turun tingkat bawah.. gi ikat pintu..
ayah dia tanya buat apa tu? 
dijawabnya.. aisy tanak gi school today..

kikikiki.. 
macam-macam kan?

kita yang dewasa ni.. apa plak alasan takmo gi keje? lol

Saturday, September 5, 2015

fesyen baju orang keje kat rumah camni ke?

Assalamualaikum.. 

tertengok gambar ni tadi.. 
agaknya kan.. pereka fesyen baju ni reka untuk orang yang keje dari rumah.. 

yela.. bangun tido terus pegang smartphones.. trus ambil order layan customer packing packing barang.. 
gamaknya memang camni la kan?
hhahaha.. sesuai tak?


Friday, September 4, 2015

tips untuk PHD on TIME

 Bismillahirrahmanirrahim....

here are some tips to finishing phd on time..
it might helps you too if you are currently postgrads students.. :)
i get this from here. source

1) Choose your project and your supervisor wisely (see [3] for more advice on this). Nothing can make your life a misery as an ill matched supervision or project.
2) If you are going to do experimental work, be prepared for unexpected setbacks. Despite your best efforts, things can (and sadly will!) go wrong at some point or other. Just stick with it and be patient. Also, be open to take a different direction if the original one proves unworkable.
3) Devote your mind and soul to your PhD. This is a unique time in your career as a scientist to work almost exclusively on your research project. You will hardly ever have the same luxury again! (Well, unless you start another PhD, that is).
4) Be reliable. Follow through with your words, stick to what agreed with your supervisor, and always communicate as early as possible if you are prevented from fulfilling your commitments for any reason (make sure it is a good one).
5) Ban perfectionism, but be professional! Be scrupulous, careful and accurate. Check, double check and check again your data and your results. Do not let your supervisor lose trust in your results, or worse, in you as a researcher. Reward yourself for major achievements and stop working when you are on holiday.
6) Write at every opportunity. Be it a report, a first year summary of your progress, a proposal to gain access time at international facilities for your research, a first draft of an article, always make sure you work at it with the highest dedication and professionalism. Do not make the mistake to assume that your year report is not worth the hassle. Look at it as a useful training towards the writing up of your thesis. Ask for feedback and act upon it. Most people are not naturally gifted writers, and writing well always takes far longer than expected. On the positive side, scientific writing can be learnt and luckily there are plenty of resources out there. 
7) If you are required to take on teaching commitments, choose courses which you feel genuinely interested in, or courses from which you can learn something useful for your PhD project (whether it is directly related to it, or whether it just allows you to acquire new skills). Also, make sure you strike the right balance between teaching and research.
8) When attending conferences or summer schools, use these opportunities to network and expand your circle of influential contacts and to increase your knowledge base. Ask questions and be interested in what others are doing. Focusing on others is the best way to make an impression and to get others interested in you and your work.
9) Be prepared and accept that there will be tough times. It is in the nature of doing a PhD and everyone goes through such times sooner or later. If this happens to you, try and keep the right perspective on things. Do whatever you can to address any specific problem that may have led to a hault. If you cannot solve the problem, adopt a constructive attitude: remind yourself that you are privileged to be doing a PhD and that soon enough you will see the end of it. If things get seriously worrying, ask for help. Many departments have organizations specifically designed to provide help and advice to students on all sorts of matters.
10) Be careful about initiating personal relationships with fellow students or other colleagues in your own department and for sure stay well away from your supervisor! It is often heartbreaking when a relationship ends. If this happens with someone whom you are likely to meet again every day, or worse, with someone who has some sort of power over you (as is the case with your supervisor) this can be the end of your PhD too. Do not risk it!
And finally, for as much as you can, enjoy it! It can be the beginning of a fabulous career.

hey just to add on another blog that might help me throughout this journey click 
Check out this website too. website

xoxo
sue

Thursday, September 3, 2015

Promosi ESP (Protein) September 2015

Assalamualaikum semua...

September ni bulan best..promosi ESP bulanni best giler.. nak tau apa keistimewaan ESP?
tengok kat bawah ni..
atau dalam bahasa yang lebih mudah...
sape yang cari
# set kurus
# set hamil
# set menyusu
# set kecantikan
#set pantang
# set umum

boleh dapatkan ESP..
Secara keseluruhannya... sape yang perlukan ESP ni? haaa, rujuk kat bawah ni...

Nak bacaan lebih? cara bancuh ESP? rujuk sini ye resepi lazat ESP
 Untuk dapat info dan tips kulit cantik, rujuk sini ye nak kulit cantik gebu dan flawless? 
pastu kalau nak tau kenapa protein penting dalam diet seharian, rujuk sini keperluan protein dalam diet seharian 
nak rambut cantik dan sihat.. ble baca sini rambut cantik sihat dan bersinar?

pertanyaan lanjut,
sms/whatsapp 017-2101210 or shoot me an email suwmohamed[@]yahoo.com

Wednesday, September 2, 2015

jom kurus??

Assalamualaikum semua.. 
hari ahad haritu cek berat guna penimbang karada.. terus stress bila tengok angka dah naik 68kg.. 
dengan tinggi 167cm.. bmi yang sesuai untuk orang asia ialah 22..
iols 24 you..
ok tu kalau ikot bmi orang asia..
kalau ikot bmi standard usa.. 20-25 is normal..
so ble tak nak ikot usa standard sebab tinggi i kan ikot range usa (fefeling sangat)
aiyoooo..
tapi walau fefeling normal.. tetap tak puas hati..
sebabnya.. dengan bmi 22, berat yang sesuai ialah 61 kg uolssss

so i kena buang lagi 6 kg..

errr seram tengok angka kat bawah ni.. berhantu sungguhhhhh...

nampak tak? 67.7 kg..
huhuhuh.. nak turunkan berat jadi 55kg balik.. perasan kan?
sib baik bulanni kebetulan sangat ada promosi ESP..
apa lagi.. trus pulun diet.. 

menu diet yang disusun bulanni..

pagi: secawan ESP sebagai kick start
lunch: makan cam biasa.. tapi ambil omegaguard dan phytocols untu pecahkan lemak degil dan blok penyerapan lemak jahat dalam badan lolsss
malam: ESP plus cinchshake.. 

hahahaha..

sedikit  teaser kelebihan esp ni..

Protein mampu mengurangkan keinginan makan (nafsu makan) seseorang, dan ini bererti dapat membantu mengurangi kalori intake. Para penyelidik mengatakan bahawa protein membuat kita merasa lebih kenyang dibandingkan karbohidrat atau lemak. Pernahkah kita makan makanan berunsur karbo seperti nasi sampai kenyang, tetapi sejam kemudian sudah merasa lapar kembali? Ini merupakan efek dari makanan tinggi karbohidrat tapi rendah protein.

Tips Makanan Untuk Diet

Para penyelidik menyatakan bahawa protein dapat memacu produksi hormon yang dapat mengatasi rasa lapar. Oleh sebab itu jika seseorang meningkatkan jumlah protein yang ia makan, berat badannya dapat menurun
kita tengok kesannya lepas 3-4 bulan.. tungguuuuu

nak start diet macam saya juga?
sms/whatsapp 017-2101210
or shoot me an email suwmohamed[@]yahoo.com

ramblings..

Assalamualaikum..
pagini dah 2hb september.. hari kedua sebagai student postgraduate..
hari pertama iaitu 1hb september.. not bad..
menggamit memori lama..
suka dan duka.. kembali ke UPM
hahaha.. poyo je lebih..


apa yang berlaku pada 1hb september..
drive ke UPM.. terus ke Pusat Kesihatan.. dapatkan pengesahan pemeriksaan kesihatan..
lepastu ke SGS (school of Graduate Studies) nak register.. tapi sebelum tu tanya dulu prosedur untuk tukar supervisor..
and then.. masa nak ambil nombor baru perasan gambar ukuran passport ada sekeping je..
so pegi ke flat ikan amek gambar dlu..ehhhhh, dah sampai baru perasan ada kosong sen dalam purse LOL...

jadi berpusing- pusing cari atm dulu...
dah jumpa atm.. ambil duit then balik semula ke flat ikan.. ambil gambar..dah tu straight gi SGS.. dan dan masa sampai 12:58 tengahari..
staf tengah kunci pintu...hahahahah

so calling- calling mr husband, ajak dia pegi makan dlu..
tapi mr husband bawa ke kedai yang dah habis sume makanan tengahari.. kecuali rebung masak lemak yang pedas dan ada ayam kurma.. rezeki tengahari...
lepas makan, isi minyak keta... lepastu singgah solat kat masjid upm..and then baru gi SGS balik...

lol..background sangatla tak cantik.. blakang kedai kott.. abaikan mata takle bukak tu sebab silau kol 1 tghari matahari atas kepala nak amek gambar.. hahahah
dah pegi SGS tu satu hal, ramai ler plak yang tengah menunggu giliran untuk register sesi petang.. tunggu punya la tunggu.. sampaila turn.. staf cek-cek semua sijil and dokumen.. pastu staf advise soh isi borang pertukaran supervisor dulu sebabnya proses tu lebih mudah daripada register dan tukar supervisor kemudian...

so, tak jadila register harini.. msg SV lama cakap nak jumpa.. SV lama ada hal jadinya tinggal je borang pertukaran SV tu kat ofisnya..
harap-harapnya borang tu siap diisi pagini 2hb september.. sebab 1 kotak kecil je kena isi.. ruangan justifikasi je.. dan petang dalam pukul 3petang  jumpa SV baru.. harap-harap hari kedua ni ok ok saje.. heheheehe..

xoxo

Tuesday, September 1, 2015

tonik anti penuaan hebat!

Assalamualaikum..
anggur muscadine mempunyai 20 kromosom.. jika dibandingkan dengan anggur lain yang ada cuma 19 kromosom.
lebihan 1 kromosom pada anggur muscadine tu bagi extra value...
kromosom yang ke 20 tu mempunyai kesan anti-penuaan yang sangat hebat.
dannnnn
anggur muscadine mengandungi fitonutrien yang berkuasa hebat dalam melambatkan kesan penuaan.
wahhhh..
vivix ni betul- betul powerful sebagai tonik anti-ageing..
no wonder kat usa tu masa launch tahun pertama dah terjual 1 juta botol.
 


sape nak cuba?
meh pm meh
sue 017-2101210 or shoot me an email suwmohamed[@]yahoo.com

Monday, August 31, 2015

resdung? tangani dari awal

Assalamualaikum...
sape yang mengalami resdung.. dan dah cuba bermacam-macam cara untuk merawat simptom resdung ni..yang selalu bersin- bersin pepagi, yang asyik selsema je waktu pagi.. gatal-gatal hidung..asek standby tisu je manjang..
boleh la mencuba alternatif rawatan resdung

jemputla ambil b-compleks, vitamin c dan alfalfa.. sgt bagus dan kesan pon cepat..
jom cuba..

 fungsi setiap satu item dah diberi diatas tu..

berminat boleh  sms/whatsapp 017-2101210
or shoot me an email suwmohamed[@] yahoo.com

Saturday, August 29, 2015

detoks untuk badan lebih sihat

untuk mendapatkan kulit yang cantik.. sekali skala kita perlu buang toksin dalam badan supaya penyerapan vitamin lebih berkesan..
badan kita mengandungin toksin yang banyak hasil pemakanan harian, gaya hidup.
kesan toksin :
- jerawat berluasa
- kulit terlalu berminyak

jadi, sekali sekala.. ambillah herb-lax untuk mencuci perut.

jika kita selalu mengamalkan diet tak seimbang, kita akan berterima kasih pada kesan herba ini keatas kulit kita.

untuk maklumat lanjut.. hubungi
sue 017-2101210
orshoot me an email suwmohamed[@]yahoo.com

bayar hutang dengan cara tambah pendapatan.. sertai kami

 Assalamualaikum...
jika anda sedang mencari-cari peluang perniagaan dan ini merupakan perniagaan pertama anda...
tips yang perlu diambil kira:
- jangan mulakan perniagaan bermodal besar
- ini kerana perniagaam ini mungkin tidak sesuai atau gagal kerana tiada pengalaman, masih mentah dlm perniagaan, belum menguasai hukum2 perniagaan
dan jika anda nak cuba bisnes yang modalnya kecil sahaja..

boleh pm kami or whatsapp 017-2101210

shaklee cuma perlukan rm79.50 yuran seumur hidup.. ini kos memberkit dan juga kos pos memberkit
ini juga adalah modal anda.. hanya rm79.50 ~ rm80 sahaja seumur hidup
bimbingan online/ offline,
group yang happening dan best"sue and gorgeous friends",
mentor yang hebat dan dibawah empayar besar mamafaiz dan jutawan shaklee.

tetapi...
- saya perlukan orang yang berkeinginan tinggi
- seronok apabila dicabar
- rajin menggali ilmu
- bekerja kuat dan kreatif!


jom jom jom!!
rugi bagi yang suka berlengah.. rebut sekarang!!
sms or whatsapp 017-2101210
 or shoot me an emai suwmohamed[@]yahoo.com

Friday, August 28, 2015

kelebihan omegaguard..minyak ikan yang kaya dengan DHA, omega 3

Omega Guard memberi manfaat kesihatan kepada semua peringkat umur.
Omega Guard membekalkan asid lemak Omega-3 yang sangat bermanfaat untuk kesihatan manusia secara menyeluruh.


Antara kombinasi Omega Guard Combo Bajet dengan produk lain adalah seperti berikut:

1) OMEGA GUARD + ADVANCE JOINT HEALTH TABLET
• Kesihatan sendi
• Memudahkan pergerakan
• Meningkatkan kesihatan pesakit arthritis dan gout


2) OMEGA GUARD + ALFALFA COMPLEX
• Detox dan membantu membakar lemak
.• Kawalan kolesterol
• Kesihatan jantung
• Bermanfaat untuk pesakit gout dan artritis
• Kesihatan sendi
• Meringankan sembelit dan buasir

3) OMEGA GUARD + CAROTOMAX
• Kesihatan mata
• Mengurangkan risiko mata kering
• Melegakan masalah kulit
• Kesihatan tisu kulit
• Meningkatkan imuniti

4) OMEGA GUARD + CHEWABLE VITA C
• Meningkatkan kesihatan anak
• Manfaat buat pesakit asma
• Kulit yg sihat
5) OMEGA GUARD + COQ HEALTH PLUS
• Kesihatan jantung
• Kawalan kolesterol
• Mencegah salur darah dari tersumbat
• Kecantikan kulit
• Kesuburan lelaki

6) OMEGA GUARD + ESP
• Tenaga berpanjangan
• Kawalan paras kolesterol
• Kecantikan
• Sesuai utk ibu mengandung & menyusukan anak
• Kulit yg sihat berseri
• Slimming

7) OMEGA GUARD + GARLIC COMPLEX
• Mengawal darah tinggi
• Kawalan kolesterol
• Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
• Bantu rawat asthma

8) OMEGA GUARD + GLA COMPLEX
Kawalan kolesterol
• Kecantikan
• Melembapkan kulit
• Menangani jeragat
• Kesihatan sendi
• Anti radang
• Kesuburan wanita
• Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita

9) OMEGA GUARD + HERB-LAX
• Slimming
• Meringankan sembelit dan buasir
• Mengempiskan perut

10) OMEGA GUARD + LECITHIN
• Slimming
• Kawalan paras kolesterol
• Kesihatan jantung
• kesihatan sendi
• Meningkatkan perkembangangan memori (janin, kanak-kanak dan orang dewasa)
• Mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati

11) OMEGA GUARD + NUTRIFERON
• Meningkatkan pertahanan tubuh
• Melindungi dari batuk dan selsema
• Manfaat untuk pesakit asma dan eczema

12) OMEGA GUARD + OSTEMATRIX
• Membantu melegakan simptom senggugut
• Menggalakkan kulit yg cantik
• Menggalakkan tulang yg kuat
• Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung

sms/whatsapp sue 017-2101210
or
shoot me an email suwmohamed[@]yahoo.com

Thursday, August 27, 2015

nak kulit cantik? mulakan dengan vitamin A

Assalamualaikum semua..
nak tau kenapa vitamin A sangat penting dalam proses untuk mendapatkan kulit yang cantik?

vitamin A membantu mengelakkan pengeluaran bintik putih/ bintik hitam pada permukaan kulit.
selain itu, vitamin A melembapkan kulit terutama pada bahagian siku, lutut , punggung dan belakang tangan...
ia juga boleh membantu menghalang penuaan kulit
 pentingkan/.

kalau kurang vitamin A apa jadi?

Kesan kekurangan vitamin A memberi kesan kepada kulit dari segi
- bintik hitam
- bintik putih
- kulit kering dan bersisik
- bonggol kecil pada belakang tangan
- penuaan pra masa

huhuhuhu.. takmo kan?
nak tau dari mana boleh dapat sumber vitamin A secara semulajadi?

 ni antara sumber vitamin A..

tapi kalau susah nak dapatkan vitamin A setiap hari dengan makanan semulajadi diatas.. boleh dapatkan supplement carotomax yang bersifat provitamin A (merembeskan vitamin A apabila perlu) daripada saya..

nak tau lebih lanjut mengenai carotomax? boleh klik SINI
 
nak contact saya terus?
shoot me an email at suwmohamed[@]yahoo.com or sms/whatsapp sue 017-2101210

Tuesday, August 25, 2015

kelebihan solat tahajud

Assalamualaikum semua..

nak share kebaikan solat tahajud yang ramai orang tau tapi tak ramai mampu konsisten.. 
senang je nak amalkan.. tak perlu la bangun pukul 3 pagi dan tidur semula..,takut nanti masalah pula bagi yang bekerja.. heheh xdela masalah sangat, just masalah takle bangun on time la nak gi keje..

tips nya.. 
bangun awal sikit je dari waktu biasa.. 
kalau biasa bangun kol 5.30 pg.. 
bangunla awal 30 min iaitu pukul 5 pagi.. 

jom amalkan selalu banyak manfaatnya kepada diri kita


selepas solat boleh baca doa ni.. 

atau doa paling ringkas.. 
boleh baca ni..,doa memohon keampunan dari Allah..


mudah- mudahan kita berada di kalangan orang yang beruntung.. amin

xoxo




Monday, August 24, 2015

the thought that count..

Assalamualaikum...
nak share tetibe dapat bungkusan kecilni... hari jumaat lagi ada orang letak depan pintu.. tapi sebab ku takde kat bilik.. kawan seofis tolong pegangkan and pass to me today...
oh so sweeettt..
thank you dearie...

insha Allah .. your time will come too.. soon :)

the best multivitamin_vitalea

Assalamualaikum semua..
harini nak share tentang vitalea.. iaitu multivitamin dalam produk shaklee..
vitalea telah berada di pasaran selama 100 tahun
DAN
Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.

bukan itu sahaja.. Vita-Lea Shaklee juga telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Atau anda boleh menonton
multivitamin hebat 100 tahun di pasaran

nak mutivitamin percuma bulanni?

ask me how..
sue 017-2101210
or shoot me an email suwmohamed[@]yahoo.com

Sunday, August 23, 2015

belajar menggunakan smartphones untuk mengambil gambar yang cantik..

Assalamualaikum.. harini saya join kelas Mini Asas Smartphone Photography Saiful Nang Academy di Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi untuk belajar menggunakan smartphones dengan sebaik mungkin...
hehehe...
banyak ilmu yang dipelajari harini berkenaan
1. teknik pencahayaan
2. posisi gambar
3. prop yang digunakan
4. editing mode menggunakan handphone

jom layan gambar yang sempat diambil harini..

ni aktiviti kami pada pagi tadi...

dan hasil pembelajaran dan editing... tengok gambar-gambar kat bawah ni heee
haa kemain lagi.. nak amek gambar 

susun atur yang betul... 


posing sket.. kikiki
ha ni la tempat belajar nya...
ok lagi sekali....

 haaaa.. nila hasil akhir.. tapi wording tu kena ejas lagi sebab tak cantik sangat.. nanti lepasni gambar yang letak sume harusla cun cun (perasan sangat!!)

keyword dia kenala rajin-rajin godek...
hehehe..

xoxo



Friday, August 21, 2015

breakfast.. intan's treat

Assalamualaikum.. harini intan masak kek carrot and sandwiches untuk breakfast.. katanya nak bagi kawan-kawan makan.. sebab arini last day intan kat office.. sebelum memulakan langkah sebagai pelajar semula... yang untungnya.. kami- kami la.. dapat breakfast sedap pagini.. tq intan :)

sandwiches.. 

kek carrot... 

wefie sket...
sempat lagi bercerita apa yang akan terjadi lepas 3 taun lol.. hahahahaa
sebab level keseriusan selepas itu sangat tinggi... jadinya.. dah lupa nak ambil gambar kawan yang masuk makan-makan lepastu..

till we meet again...
in 3 years time.. insha Allah
fingercrossed!!

xoxo




Thursday, August 20, 2015

tips cantik tanpa mekap

Assalamualaikum semua..
nak tak tips cantik tanpa mekap?
haaa.. nape tanpa mekap? cer baca artikel kat bawah ni...
haaa, dengan mekap memang boleh tutup segala cela-cela.. transform terussssss
tapi takkan 24 jam nak pakai make-up kan?

apa yang menyebabkan kulit kita mengalami penuaan?
sebabnya ialah..
Setiap hari, sel2 badan kita diserang berjuta radikal bebas!!! [fakta]

Apa bahayanya bila radikal bebas tinggi dalam badan?
Risiko terdedah dengan PENUAAN PRAMATANG (tua sebelum usia), CANCER, penyakit seperti sakit jantung, strok, (penyakit yang bukan sekadar serang orang tua), masalah kulit (jerawat,noda tak sekata,kusam)
yang ni paling cepat nampak... iaitu part penuaan pramatang dan juga masalah kulit...
yang lain lambat kan? atau kita tak perasan la...

Jadi bagaimana mencegah radikal bebas?
kita perlukan makanan yang tinggi anti-oksida. Anti-oksida merupakan nutrisi yang boleh melindungi sel  daripada radikal bebas, meningkatkan kesihatan sel secara menyeluruh dan menyediakan perlindungan untuk menentang kerosakan sel-sel.

Apa punca radikal bebas tinggi dalam badan?
Pengambilan makanan yang tinggi bahan pewarna, bahan perisa, makanan yang diproses... Semua ni bila masuk dalam badan akan menjadi bendasing yang akan menyebabkan radikal bebas menjadi banyak.

Kenapa sesetengah orang nampak muda?
Kerana mereka ini pengambilan makanan yang tinggi anti oksida seperti memakan buah-buahan secara konsisten, memakan ulam-ulaman, mengelakkan makanan yang diproses secara kimia..

Contoh makanan tambahan yang tinggi anti oksida yang boleh diambil ialah..
Vivix, Vitamin E,Vitamin C. ketiga-tiga item  ini superpower sebagai ejen antioksida..



Sekian ilmu harini. Semoga bermanfaat. 
Siapa nak sihat boleh hubungi saya ye..
shoot me an email at suwmohamed[@]yahoo.com
or sms/whatsapp 017-2101210

Wednesday, August 19, 2015

gathering sebelum bercuti panjang

Assalamualaikum..
haaa tajuk gempak kemain tapi sebenarnya bukanlah bercuti panjang tu "bercuti" dalam konteks yang sebenar.. 

ni cuma bercuti dari kerja syarahan.. kerja-kerja yang deal dengan students dan juga kerja-kerja pengkeranian..

so amek masa petang semalam... gi minum petang dan makan dekat hailam kopitiam..

menu kami semalam :)


sebab dah petang kononnya nak makancsimple-simpe dan ringan..,tapi lepastu siap meehon goreng, laksa dan chicken chop lagi hahahaahh

asam laksa...

yang ni pon sedap...

yummeh... 

pastu mula la merhon goreng...

chicken chop...
pastu cendol.. pakat order cendol.. kikikiki
air lain xsempat snap lupa.. tengok makanan sume lupe yang lain hihhihih










You Are a Realist
You don't see the glass as half empty or half full. You see what's exactly in the glass.
You never try to make a bad situation seem better than it is...
But you also never sabotage any good things you have going on.
You are brutally honest in your assessments of situations - and this always seems to help you cope.