Search This Blog

Monday, December 22, 2014

pudarkan jerawat dan jeragat?

Assalamualaikum... harini saya nak share sket bagaimana nk pudarkan jerawat dan jeragat.. dengan cara bermasker...

Kalau nak tau, cari paling mudah nak bermasker dan jimat.. ialah kita guna apa yang ada je kat rumah.. saya bermasker guna  Alfalfa dan vitamin c.
apa fungsi alfalfa ni?
ia bantu memudarkan parut jerawat & jeragat. Hemmmm sapa yg ada parut jerawat or jeragat tu ape lagi, boleh la masker sekarang... Lagi pun, alfalfa ni besttt sgt buat masker sbb ada kandungn mint yg bg kita effect nyaman n sejukkkk jer sepanjang bermasker...serius kalau korang nak tau.. kena cuba dlu..

Vitamin C plak bantu ransang penghasilan kolagen dari dalam kulit. Selain tu, ia boleh bantu menegangkan kulit, mengecutkan jerawat, mencerahkan dan menyegarkan kulit wajah...mantapkannnnn!!!

bagaimana nk bancuh untuk jadikan masker?

Campur dua bahan ni yang ditumbuk halus dengan yogurt or plain water. 
Biarkan selama 20 minit n bilas...
 

Utk kesan terbaik ble apply ais kat muka slps masker (petua org tua-tua utk kecantikan kulit dan kecilkan pori-pori)

selamat mencuba...

Sape yang perlukan pertolongan untuk pilih supplemen mana yang sesuai untuk buat masker ble la whatsapp saya di 017-2101210 atau shoot me an email at suwmohamed[@]yahoo.com

Monday, December 8, 2014

waktu produktif untuk bekerja bagi jutawan dan bakal jutawan..

Assalamualaikum.. ni saya nak share sedikit info tentang masa yang diperuntukkan oleh jutawan untuk bekerja setiap hari...

sumber ini saya dapat dari sini

Mungkin ramai ingin tahu, berapakah jam sehari seorang ahli perniagaan yang bergelar jutawan bekerja dalam sehari. Berbanding orang yang bekerja makan gaji akan bekerja selama 8 jam sehari ataupun waktu kerja 9 pagi hingga 5 petang.  Jadi adakah sama masa bekerja anda dengan para jutawan?
Kajian yang dibuat melalui buku The Millionaires Next Door mendedahkan bahawa waktu mereka fokus pada kerja-kerja penting dan produktif adalah sekitar 60 hingga 70 jam seminggu. Kebanyakan mereka yang telah mencapai jutawan menumpukan masa bekerja secara produktif yang lebih lama iaitu melebihi 80 jam seminggu. Secara puratanya mereka bekerja selama 12 jam satu hari. (waahh.. 4 jam lebih lama dari orang makan gaji biasa) mungkin inilah faktornya mereka boleh mencapai kebebasan kewangan. Jadi amat sukar untuk mencapai kebebasan kewangan jika kita hanya menumpu hanya 8 jam kerja sehari.
Saya pernah baca buku Rahsia Bisnes Orang Jepun karya Ahn Wang Seng yang mendedahkan bahawa budaya kerja orang Jepun sangat yang sangat workaholic. Mereka bekerja 12-14 jam sehari.  Orang-orang Jepun keluar bekerja seawal pagi sebelum matahari terbit dan akan hanya balik pada lewat malam. Adalah perkara memalukan si isteri jika suami mereka pulang awal ke rumah (berbeza dengan budaya kita, jika pulang lewat akan dianggap berfoya-foya).
Apa kata saya cuba rangkakan jika kita bekerja selama 80 jam seminggu dan katakanlah hari Ahad ialah cuti rehat. 80 jam/6 hari = bersamaan 13.333 jam sehari. Jadi kita bundarkan masa kepada 13 jam 30 minit sehari untuk waktu kerja.
MasaPerkaraJam
5.00 pagi – 6.00 pagiBangun/ Mandi
6.00 pagi – 7.00 pagiSolat subuh / Sarapan Pagi
7.00 pagi – 8.00 pagiWaktu Produktif Kerja1 jam
8.00 pagi – 9.00 pagiWaktu Produktif Kerja1 jam
9.00 pagi – 10.00 pagiWaktu Produktif Kerja1 jam
10.00 pagi – 11.00 pagiWaktu Produktif Kerja1 jam
11.00 pagi – 12.00 tghWaktu Produktif Kerja1 jam
12.00 tgh – 1.00 tghWaktu Produktif Kerja1 jam
1.00 tgh – 2.00 ptgRehat/ Solat Zohor /makan
2.00 ptg – 3.00 ptgWaktu Produktif Kerja1 jam
3.00 ptg – 4.00 ptgWaktuProduktif Kerja1 jam
4.00 ptg – 5.00 ptgWaktu Produktif Kerja / Solat Asar30
minit
5.00 ptg – 6.00 ptgWaktu Produktif Kerja1 jam
6.00 ptg – 7.00 ptgWaktu Produktif Kerja1 jam
7.00 ptg – 8.00 mlmRehat / Makan malam
8.00 mlm – 9.00 mlmWaktu Produktif Kerja1 jam
9.00 mlm – 10.00 mlmWaktu Produktif Kerja1 jam
10.00 mlm – 11.00 mlmWaktu Produktif Kerja1 jam
11.00 mlm – 12.00 mlmRehat/ Solat Isyak/ Tidur
Jumlah Waktu Kerja13 jam 30 minit
Jadi inilah anggaran jadual waktu kerja produktif bagi seorang  yang berstatus jutawan atau bakal jutawan khususnya Muslim setelah ditolak waktu makan dan solat jika kita bekerja selama 13 jam 30 minit sehari.
Oppss lupa nak bagitahu. Waktu kerja produktif ini tak semestinya hanya kerja semata-mata, tetapi meliputi juga masa kita untuk menambah ilmu pengetahuan dalam ilmu perniagaan seperti mebaca buku, menghadiri kelas/seminar/worksyop, waktu untuk berjumpa prospek/pelanggan dan sebagainya.  Waktu kerja produktif di atas bukanlah wajib diikuti 100% tetapi fleksibel bergantung kepada keperluan kerja/perniagaan anda.

Wow! kita bagaimana pula?
hmmm.. fikir-fikirkan yer..
nak jadi jutawan.. cara bekerja pon seharusnya seperti jutawan la..

You Are a Realist
You don't see the glass as half empty or half full. You see what's exactly in the glass.
You never try to make a bad situation seem better than it is...
But you also never sabotage any good things you have going on.
You are brutally honest in your assessments of situations - and this always seems to help you cope.