Search This Blog

Friday, January 10, 2014

Tips elak senggugut ketika haid


Selalunya ketika kaum wanita datang haid pasti ada yang akan mengalami serangan 'dysmenorrhea' atau lebih dikenali dengan senggugut. Ia boleh dikatakan normal bagi kaum wanita, namun ramai yang merungut apabila diserang senggugut.

Ini kerana kadang-kala serangan senggugut agak serius seperti kekejangan di bahagian otot perut sehingga ada yang hanya mampu terbaring sahaja.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan golongan wanita di luar sana beberapa tips untuk mengelak daripada diserang senggugut ketika datang haid.

Minum banyak air
Air sangat penting untuk tubuh badan anda. Jadi pastikan anda minum air yang mencukupi sekurang-kurangnya dua liter sehari agar dapat membantu proses penghadaman. Ini sekaligus mencegah penyimpanan air berlebihan dalam badan yang juga disebabkan perubahan hormon pada setiap bulan.

Melakukan senaman ringan
Amalkan melakukan senaman ringan kerana ia dapat meregangkan sel-sel serta otot badan agar tidak berada dalam keadaan tertekan. Anda boleh membuat senaman ringan seperti lompat bintang, hula-hoop atau berjoging.

Ambil makanan berkalsium
Anda juga perlu mengamalkan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, brokoli, kobis dan yogurt kerana ia dapat mengelakkan kekejangan otot yang kerap melanda ketika awal kedatangan haid. Anda memerlukan kalsium sekurang-kurangnya 1,200 mg setiap hari.

Kurangkan makanan segera dan kafein
Kurangkan memakan makanan segera atau minum minuman berkafein kerana ia akan menyebabkan simptom retensi atau pengumpulan air dalam badan setiap kali waktu kedatangan haid. Ia akan menyebabkan perut anda tidak selesa, manakala kandungan kafein pula akan menyebabkan saluran darah mengecut dan ini akan menyebabkan anda berasa sakit di bahagian abdomen yang boleh menyebabkan kekejangan otot.

 Selain itu, boleh juga dapatkan bantuan daripada supplement shaklee untuk elakkan senggugut dan juga mengurangkan kesan senggugut..

GLA compleks 

membantu mengimbangi hormon bagi wanita..
Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis



 
Ostematrix

Wanita yang mengambil calcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-simptom yang lain
Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.


 Bcompleks

Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan 

Diharap dengan beberapa tips ini dapat membantu anda untuk mengelak dari serangan senggugut ketika datangnya haid. Selamat mencuba!

untuk pertanyaan bolehla menghubungi saya di 017-2101210 atau emailkan sahaja ke suwmohamed@yahoo.com
 

0 corat-coret:

You Are a Realist
You don't see the glass as half empty or half full. You see what's exactly in the glass.
You never try to make a bad situation seem better than it is...
But you also never sabotage any good things you have going on.
You are brutally honest in your assessments of situations - and this always seems to help you cope.