Search This Blog

Friday, December 27, 2013

Tips dan helah kecantikan yang pelik (kadangkala) tetapi berkesan!

assalamualaikum.. harini nak share sedikit tips yang  di ambil dari sini..
jom baca..
murah mudah dan berkesan
chills :P

1. Untuk mengelakkan pemakaian maskara yang comot, gunakan sudu plastik pada kelopak mata anda apabila memakai maskara. Dengan cara, lebihan maskara yang comot itu akan terkena pada sudu, bukan pada kelopak atau bahagian mata anda.

2. Untuk mengurangkan mata sembab, kupas kentang dan potong secara nipis. Kemudian, letakkan pada bahagian mata anda selama 10 minit. Kentang akan menyejukkan mata anda dan mana-mana bengkak akan berkurangan.

3. Jika anda mempunyai selulit yang mula berleluasa di bahagian badan anda, gunakan serbuk kopi sebagai skrub badan. Ini kerana kafein akan merangsang sel-sel kulit dan menggunakannya sebagai skrub lantas menyingkirkan mana-mana kulit mati yang cuba menghodohkan kulit anda.

4. Rambut anda perlukan rawatan kelembapan? Mudah saja. Ambil mayonis daripada peti ais anda dan sapukan pada rambut selama kira-kira 20 minit. Untuk kesan yang lebih baik, gunakan pengering rambut anda supaya haba tersebut dapat mengaktifkan kesan positif mayonis.

5. Jika pengilat kuku anda seolah-olah kering dan mempunyai buih-buih kecil di dalamnya, itu mungkin kerana ia disimpan di tempat yang panas. Anda digalakkan untuk menyimpan penggilap kuku anda di dalam peti sejuk dan sudah semestinya suhu sejuk akan memastikan bahawa ia sentiasa baik.

6. Selepas bersenam, sesetengah orang mempunyai isu di mana muka mereka akan menjadi yang merah dan mengambil banyak masa untuk hilang. Untuk mengurangkannya, cubalah ambil 'antihistamin'.

7. Tip ini sangat bagus untuk kaki yang sering melecet. Jika anda baru sahaja membeli kasut baru, jangan terus memakainya. Gosokkan sedikit 'Vaselin' pada bahagian yang sering melecet kerana ia akan mengurangkan geseran pada bahagian tersebut supaya anda tidak akan melecet yang teruk seperti sebelumnya.

8. Pengilat kuku jenis 'glitter' sangat leceh untuk dihilangkan. Namun, anda boleh cuba tip ini. Rendam kapas dalam cecair untuk menghilangkan pengilat kuku, dan letakkan pada kuku anda. Balut hujung jari anda menggunakan kerajang timah dan biarkan selama lima minit. Ia akan tertanggal dengan senang.

9Dalam tergesa-gesa selepas membuat rawatan 'manicure' di rumah? Rendam jari anda di dalam air sejuk selama tiga minit dan kuku anda akan jadi kering dan kelihatan hebat.
.

Monday, December 23, 2013

Tips mendidik anak mengikut generasi

Assalamualaikum semua..
harini terpanggil nak share tentang tips mendidik anak seperti yang diceritakan oleh Prof Dr Rozieta..
sebab selalu juga bersembang dengan rakan-rakan waktu makan dan share cara didikan yang betul dan sepatutnya kita sebagai ibu didik anak ni..
tapi ada juga kawan-kawan yang cakap..
"eh dulu mak aku buat camni ok je kami semua jadi orang.. sume berjaya. budak2 sekarang ni je yang tak dengar kata"

atau sering juga ayat sebegini keluar apabila menghadapi karenah pelajar2 zaman sekarang..
"budak-budak ni kan, banyak betul menjawab..kita suruh buat apa2, banyak betul alasannya"

jadi.. saya rasa sangat sesuai nak share tips ni.. tips ni bukan dari saya.. tapi dari Prof Dr Rozieta yang saya copy untuk tatapan pembaca semua
________________________________________________________________________
 ari ini saya akan berkongsi tips untuk membolehkan anak-anak mendengar kata-kata kita.
Namun, sebelum saya menulis mengenai itu, pertamanya saya mahu setiap diantara anda bertanya diri mengapa anda hendak anak-anak mendengar kata-kata anda? Apakah matlamat yang hendak dicapai? Ada yang mungkin menjawab, untuk keselamatan dan kesenangan mereka. Ada pula yang menjawab sebab sudah pening dengan kerenah mereka dsb.
baru-baru ini semasa mengendalikan sesi " Keibubapaan Berjaya" untuk sekumpulan wanita gigih aitu ibu tunggal dan tinggal, soalan seperti ini diutarakan oleh beberapa orang diantara mrk.
Maka seperti di dalam sesi itu juga sy akan bertanya; Mengapa anda hendak anak-anak mengikut kata?

Sedikit latar belakang

Pertama sebelum kita meminta anak-anak mendengar kata kita, kita mesti jelas sejelasnya bahawa kita ini juga manusia dan kita tidak tahu semua perkara. Ada kemungkinan anak-anak kita lebih tahu dan mrk berusaha memberi kita faham keadaan mrk.

Kedua, kita juga mesti jelas, anak-anak yang taat dan mendengar kata itu sahaja anak anak yang baik dan tidak semestinya anak-anak yg nampak mendengar kata itu baik dan akan berjaya. Adakalanya, mrk mendengar kata krn takut dimarah dan mrk terpaksa mengenepikan keperluaan diri mrk. Jika ini yg terjadi maka anak-anak ini adalah satu 'Time Bomb' yg boleh meletup bila2 masa sahaja terutamanya bila mrk menyedari mrk sudah besar dn tidak memerlukan kita!

Ketiga, bila anak-anak dipaksa mendengar kata-kata kita, itu juga boleh membawa kpd anak-anak itu membesar tanpa pandai utk berfikir dan membuat keputusan sendiri. Ini akan membuat anak-anak itu menjd org dewasa yang ‘cacat’.

Keempat, kita mesti menyedari bahawa dunia tidak sama lagi. Anak-anak zaman ini adalah anak-anak Meliana – Millennium. Corak mrk berfikir tidak sama dgn anak-anak zaman industri atau baby boomers. Kita boleh lebih kurang lihat trend corak berfikir dan bertindak setiap generasi;

-        Baby Boomer 1941-1965 – Taat dan patuh
-        X generation 1966-1975  -   Ketidakpuasan hati dan mahu sesuatu perubahan
-        Y generation 1976- 1995 -   Suka bertanya dan mahu mengetahui sesuatu dpd the basic principle.                                                       - Perkataan yg paling mrk suka sebut ialah WHY.
-        Z Generation 1997-2006 -   Sangat bijak negotiate dan memujuk sehinggakan kita tidak perasan yang sebenarnya mrk telah memperdayakan kita : ) contoh, kita menyuruh mrk mandi. Mrk meminta ‘lima minit lagi boleh mummy?’ minta dgn baik-baik. Kita pun memberi mrk 20 minit lg dan reward them for ikut ckp kita. Walhal, they were suppose to take their bath, 20 minutes ago ; )

-        Millennium Generation    - Strong minded – yg boleh disalah fahamkan sebagai degil. Dan juga boleh menjadi degil tidak bertempat jika ibubapa tidak pandai mendidik. Memaksa mrk mendengar cakap dgn mengugut dan marah2 bukanlah caranya. Ini boleh menjdikan mrk ini menjadi lebih degil.

Ternyata, keibubapaan ini bukanlah semudah yang kita sangkakan. Bila kita memahami sedikit sebanyak ilmu seperti yang saya kongsikan di sini, kita boleh berlapang dada dan faham bahawa anak-anak kita bukan degil dan kita bukan ibubapa yang teruk!

Setiap orang ada cara untuk melenturnya. Setiap generasi juga begitu. Bagi anak-anak generasi baby boomers, bila mrk diminta taat dan patuh, dan kita puji mrk gembira dihargai.
Namun, bg gen X itu menunjukkn satu kelemahan. Mrk mahu dipuji diatas kelainan mrk. Keberanian mrk melakukan sesuatu yg berbeza. Gen Y pula, bebesar hati bila kita menjawab segala soalan mrk dan menghargai pertanyaan mrk. Gen Z pula gembira bila mrk boleh negotiate dan kita galakkan mrk negotiate dgn kita. Oleh itu mseti bijak di sini. Jika anda hendak anak ini mandi pada pukul 7 tepat, Jgn pd masa itu sudah menyuruh, suruh pd pukul 6.45 dan dia akan minta anda beri dia 5 minit, maka anda beri dia 15 min, dia rasa ibu atau bapanya sgt menghargai dia. Walhal, anda dah tahu kekuatan dan kelemahannya and you are at the top of the game : )
Anak-anak Melinia pula suka bila kita menghargai strong mindednessnya. Oleh itu jgn selalu sangat melarang, tapi beri dia option. Sebab, kebanyakan mrk ini masih kecil, maka anda boleh beri mrk buat pilihan utk benda2 yg simple. Contohnya, abang nak tidur sekarang atau satu jam lagi? Dia akan jawab 1 jam lg. Kemudian u cakap, hmm, atu jam lagi mama kena telefon nenek kononnya – hmm..apa kata abang tidur skr and sbb abang sacrifiies, mama bacakan abang cerita, atau kita main-main ….. ( apa permainan kegemarannya). Dengan cara ini anda boleh mendapat kerja sama dpdnya.

Ingat kecuali gen baby boomers, semua generasi lain tidak lagi taat dan patuh. Oleh itu bila mrk tidak mendengar kata bukan mrk degil tetapi mrk telah belajar mengekpres kepentingan diri mrk.

Our focus is not abt getting them to follow us but to cooperate with us. Bukan dgr ckp tapi bekerjasama dgn kita. Dan bila kita menghargai mrk mrk akan belajar menghargai kita. Maka tidak mendengar ckp, bukan lagi isu di dalam kita membesarkan mrk.

Thursday, December 5, 2013

Adakah anda pernah alami keadaan anak suka mengamuk dan anda TIDAK lagi mampu bersabar?

Assalamualaikum..
arini nak share perkongsian dari Prof Dr rozieta kepada ibu-ibu dan bapa yang ada anak yang suka tantrum ni..
jom baca :)

ni antara soalan yang ditanya di dalam FB Prof Dr Rozieta..

sharing is caring :)
======================================================================
Salam prof..macam mana nak atasi anak yang berumur 3 tahun ni. Dia suka memberontak mengamuk baling barang jika tak dapat apa yang dia mahu. Saya jadi stress dengan perangai dia yang makin hari makin teruk..takde perubahan. Dah puas positifkan anak.cakap baik-baik.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anak mengamuk dan berusia dalam 3 tahun, anda sudah boleh memberi sedikit hukuman. Anak sudah faham. NAMUN sebelum itu buat ini dulu,

1) Tenangkan diri anda. Fahamkan mengapa anak itu mengamuk. Adakah dia letih? atau selalu sgt dimarah sebelum ini. Atau dia kurang mendapat belaian.
2) Peluk dan ucapkan kata-kata kasih dan sayang dulu.
3) Usap kepalanya dan bacakan ayat-ayat Al-Quran
4) Bacakan buku-buku mengenai baiknya bersabar dan anda juga perlu menunjukkan kesabaran.
5) Bercakap dengan nada lembut dan tenang.

Jika dia teruskan, anda boleh membuat hukuman yang tidak mendera. Anda boleh menyuruh dia duduk sendirian dan fikirkan mengenai perbuatan dia. Dan semasa dia duduk, anda janganlah pula berleter.

Ini dinamakan 'Reflection Chair' - Si anak mengambil masa sendirian untuk memikirkan semula mengenai perbuatan yang telah dilakukan oleh mereka.

Bila dia telah sedar dan datang kembali kepada anda, cium dia dan ajarlah dia dgn baik supaya dia tahu meminta maaf.

Lakukan dengan penuh kasih-sayang dan memahami perasaan anak kecil.
You Are a Realist
You don't see the glass as half empty or half full. You see what's exactly in the glass.
You never try to make a bad situation seem better than it is...
But you also never sabotage any good things you have going on.
You are brutally honest in your assessments of situations - and this always seems to help you cope.