Search This Blog

Thursday, December 5, 2013

Adakah anda pernah alami keadaan anak suka mengamuk dan anda TIDAK lagi mampu bersabar?

Assalamualaikum..
arini nak share perkongsian dari Prof Dr rozieta kepada ibu-ibu dan bapa yang ada anak yang suka tantrum ni..
jom baca :)

ni antara soalan yang ditanya di dalam FB Prof Dr Rozieta..

sharing is caring :)
======================================================================
Salam prof..macam mana nak atasi anak yang berumur 3 tahun ni. Dia suka memberontak mengamuk baling barang jika tak dapat apa yang dia mahu. Saya jadi stress dengan perangai dia yang makin hari makin teruk..takde perubahan. Dah puas positifkan anak.cakap baik-baik.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anak mengamuk dan berusia dalam 3 tahun, anda sudah boleh memberi sedikit hukuman. Anak sudah faham. NAMUN sebelum itu buat ini dulu,

1) Tenangkan diri anda. Fahamkan mengapa anak itu mengamuk. Adakah dia letih? atau selalu sgt dimarah sebelum ini. Atau dia kurang mendapat belaian.
2) Peluk dan ucapkan kata-kata kasih dan sayang dulu.
3) Usap kepalanya dan bacakan ayat-ayat Al-Quran
4) Bacakan buku-buku mengenai baiknya bersabar dan anda juga perlu menunjukkan kesabaran.
5) Bercakap dengan nada lembut dan tenang.

Jika dia teruskan, anda boleh membuat hukuman yang tidak mendera. Anda boleh menyuruh dia duduk sendirian dan fikirkan mengenai perbuatan dia. Dan semasa dia duduk, anda janganlah pula berleter.

Ini dinamakan 'Reflection Chair' - Si anak mengambil masa sendirian untuk memikirkan semula mengenai perbuatan yang telah dilakukan oleh mereka.

Bila dia telah sedar dan datang kembali kepada anda, cium dia dan ajarlah dia dgn baik supaya dia tahu meminta maaf.

Lakukan dengan penuh kasih-sayang dan memahami perasaan anak kecil.

0 corat-coret:

You Are a Realist
You don't see the glass as half empty or half full. You see what's exactly in the glass.
You never try to make a bad situation seem better than it is...
But you also never sabotage any good things you have going on.
You are brutally honest in your assessments of situations - and this always seems to help you cope.