Search This Blog

Monday, August 15, 2011

Tips menambah susu badan

Perkara paling penting yang harus diingat oleh kaum ibu.. More demand, more supply..
Jadi kena perah selalu.. Dan kosongkan b**ast selalu

Amalkan perah setiap 3 jam.. Bagi ibu yang bekerja.. Kadang2 susah nak dapat kan? Sibuk ngan keje.. Meeting yang tak abes2.. Memang Saya juga rasa payah nak buat.. Jadi apa yang perlu dilakukan ialah.. Pam bila masa terluang.. Bila balik, topup balik mana yang tak sempat.. Pam sebagai ganti mana yang terlepas tu..

Untuk menten hasil/ production susu.. Pastikan anak direct bf dan pam= 8kali sehari.. Jadi kalo kurang pam, make sure anak direct bf banyak.. Kalo anak pon kurang menyusu.. Makesure kat umah pon mengepam juga..cukupkan sekurang2nya 8 kali

Untuk boost production, boleh amalkan pam susu pada pukul1-6 pagi.. Bulan Ramadhan ni elok sangat la.. Lepas sahur je ble pam terus.. Masa awal pagi.. Hormon prolaktin banyak terhasil.. Jadi kalo pam waktu ni mmg susu banyak kuar.. InsyaAllah..

Cara pam juga mempengaruhi kuantiti susu, boleh cuba kaedah ni.. cuba pam sejam.. Tapi pam 10 minit, rehat 10 minit dan sambung lagi sehinggalah sejam.. Susu banyak dapat.. Saya dah cuba, memang berkesan dan saya share kepada kawan2 saya yang mengeluh production kurang semasa Ramadhan.. Dan mereka pon kata cara ni berkesan!!

Dan yang paling penting, pastikan badan kita sentiasa segar dan mood kita happy sentiasa sebab bila stress, memang akan effect production susu... Banyakkan berzikir, berdoa dan sempena bulan Ramadhan ni.. Banyakkan mengaji.. Jadi senang dapat gelombang alpha.. Kita pun akan tenang automatik susu pun akan senang kuar.. Dan badan nak segar, kena dapatkan rehat yang cukup.. Makan supplement dapat membantu.. Tetapi kalau takat makan supplement lepastu tak pam, dan anak pulak kurang menyusu.. memang susu takkan bertambah..
Semuanya nak kena seiring yer..

Banyak lagi Tips yang nak dikongsi.. Tapi setakat ni, itu sahaja dulu.. Kalo kawan2 nak cuba.. Cuba Tips yang saya bagi ni dlu.. Sebab Tips ni agak senang nak buat dan senang nak amal.. Jadi saya harap dapat membantu :)

Selamat mengepam ibu-ibu..


- Posted using BlogPress from my iPhone

0 corat-coret:

You Are a Realist
You don't see the glass as half empty or half full. You see what's exactly in the glass.
You never try to make a bad situation seem better than it is...
But you also never sabotage any good things you have going on.
You are brutally honest in your assessments of situations - and this always seems to help you cope.