Search This Blog

Friday, June 19, 2009

Aku teringin menjadi penulis novel

Pagi ni cuaca mendung sekali..sangat tenang dan diiringi muzik yang sangat shahdu..
Aku baru saja kembali dari melawat “kawan” aku..tetibe teringat nostalgia lama..

Masa tu aku baru masuk hostel..
Aku tengok kawan-kawan aku berebut pinjam nota senior..aku pon pelik gak masa tu..knape dorang berebut2 nak pinjam siap queue lagi..walhal cikgu dah bagi nota kat kelas..
Rupa-rupanya baru aku tau..senior tu tulis cerpen/novel lam buku nota..aku memang kagum ngan senior tu sebab citer die memang best (aku tumpang bace bile turn kawan aku sbb nak tunggu turn aku yang keberapa puluh ntah)..

Jadi bermula dari situ aku berangan2 untuk menjadi penulis novel..tapi aku tak tau nak mula dari mana dan aku sangat malas menulis..boleh? haks..

Aku cuma suka berangan dan membayangkan sesuatu keadaan yang tak pernah wujud..tapi aku suka melukis..aku pernah lukis potret lelaki yang aku minat..tapi lelaki itu tak wujud pon..tapi aku lukis ikot karakter yang aku suka..dan hasilnya kawan-kawan aku ingat tu adalah “seseorang” yang benar2 wujud..tapi skil melukis aku sudah semakin pudar..tak pernah diasah pon aku rasa..sebab sekolah rendah je ambil kelas melukis..bile sekolah menengah..aku amek kelas sains..takde langsung subjek lukisan sob sob sob..sadis!

Ok lari dari topik..aku memang suka hanyut dalam dunia sendiri..sebab aku jenis yang tak fokus!jadi berbalik kepada cerita asal..hmmm, penulis novel.. oh yer
aku memerlukan seseorang untuk menterjemahkan apa yang aku garapkan dalam kotak fikiran aku..dalam kata lain..tolong tulis/ taip untuk aku..aku sangat pandai berangan (puji diri sendiri), sebab tu aku rasa aku boleh menjadi penulis novel yang hebat..itupon kalo disuatu masa depan ada alat yang dicipta untuk membolehkan orang membaca nukilan/cerita cuma dari kotak fikiran penulis..kalau alat itu wujud..selagi alat itu tidak wujud..cerita yang aku garap dari zaman sekolah sampai sekarang cuma tersimpan rapi dalam rak di dalam kotak fikiran aku..

Sape nak bace novel nukilan aku? Gerenti best hahahahhahaha..dan free sebab tak memerlukan sebarang kos cetakan..ape yang kamu perlu lakukan cuma kepandaian membaca dalam fikiran aku..

p/s: Sebenarnya aku tengah bersedih.sedih yang cuma datang diwaktu tertentu saja..contohnya pagi ni :(..waktu lain aku ok..mungkin pengaruh cuaca

3 corat-coret:

Dee said...

ke dh berisi? hihihi..

zamdotcom said...

ohoo..
nk jd penulis ke? nak beli nak beli..


p/s: suka baca novel sebelum tido

ainmuttaqin said...

wah..mmg sungguh artistik..ok apa, novelis pn bole jd jutawan cm JK Rowling tu kn..

You Are a Realist
You don't see the glass as half empty or half full. You see what's exactly in the glass.
You never try to make a bad situation seem better than it is...
But you also never sabotage any good things you have going on.
You are brutally honest in your assessments of situations - and this always seems to help you cope.