Search This Blog

Tuesday, January 22, 2008

mencuci hati..

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapacara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. HajiFadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di- ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)..
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan. 9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)..
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atautidak).
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat.
" Walaupun mungkin ada diantara kita yang pernah melihat kontroversi yang melanda pakar motivasi terkenal nie, tetapi saya tidaklah sampai mengabaikan saranan dan petua beliau kerana menghormati tahap keilmuannya. Perlu juga kita hargai walaupun terdapat sedikit kecacatan kerana Datuk Dr Fadzilah sendiri kurang berjaya men- cucihati anak2nya. Semoga yang baik dapat kita terima dan jadikan teladan untukkehidupan yang lebih di redhai Allah. Insya'allah."

0 corat-coret:

You Are a Realist
You don't see the glass as half empty or half full. You see what's exactly in the glass.
You never try to make a bad situation seem better than it is...
But you also never sabotage any good things you have going on.
You are brutally honest in your assessments of situations - and this always seems to help you cope.